Friday, October 19, 2012

PIALA MALAYSIA 2012

FINAL 
PIALA MALAYSIA 2012










   











                                                           Lawan




Perlawanan Bolasepak Piala Malaysia 2012 telah sampai ke kemuncaknya. Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Shah Alam Selangor pada 20hb Oktober ini ketemukan Juara Piala Liga Super Kelantan atau lebih dikenali THE RED WARRIORS(TRW) dengan Juara Piala Liga Perdana, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA(ATM) bagi menentukan juara.

 Perlawanan ini menarik kerana Kelantan juara 2010 bercita-cita memenangi tiga piala dalam satu musim. Dua telah dimenangi iaitu Juara Liga Super dan Juara Piala FA. Manakala ATM bercita-cita memenangi piala Malaysia buat pertama kali setelah 46 tahun menanti.

Beberapa perkara yang menarik perhatian saya dalam perlawanan ini, macam-macam hal diperbincangkan secara tidak formal, secara terbuka dan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Ramai yang menganggap Kelantan atau TRW sebagai 'favourite winner'. Pelbagai insentif telah diberikan dan dijanjikan. Sebanyak RM200,000.00 telah di bahagikan kepada pemain2 dan pegawai2 sebagai ransangan. Sekiranya berjaya menjulang piala ini selot tanah bernilai RM60 - 80K sedia dijadikan milik.

Diantara cakap-cakap yang boleh dibahaskan adalah ada ura2 supaya ATM menang, antaranya:

1. Dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Lion XII masa tambahan 5 minint sudah tamat tapi diteruskan sehinggalah gol penyamaan dijaringkan yang membawa kepada masa tambahan dan penalti.

2. Penggantungan satu perlawanan secara kebetulan final ini terhadap dua tonggak utama TRW, Mat Ghaddar dan Norfarhan akibat menerima kad kuning kedua seolah-olah dirancang bagi melemahkan TRW. Kad-kad itu diberi pada hampir-hampir permainan tamat dan TRW dah nampak akan masuk final.

3. Akhbar-akhbar highlight beberapa pemain TRW, Apek, Mat Yo, Farhan, Daudsu dan beberapa orang lagi akan meninggalkan TRW musim depan tanpa diketahui sumber ynag sohih.

4. Hukuman denda RM40,000.00 kerana kesalahan penyokong-penyokong TRW membaling botol ke dalam padang sehingga tergendala perlawanan beberapa minit ketika TRW lawan ATM dulu dikenakan hanya 2 hari sebelum perlawanan akhir. Mengapa tidak dulu lagi atau selepas perlawanan akhir?

5. Aturcara-aturcara memberi rangsangan kepada ATM melibatkan pemerintah tertinggi negara dan negeri, pertubuhan terutamanya FAM dan menteri seolah-olah Malaysia lawan Kelantan.

6. Pemergian Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ke Mekah bagi menunaikan haji seolah-olah tidak mahu berdepan dengan pembesar-pembesar ini kerana mungkin sesuatu yang kurang disenangi buat ketika ini, lebih baik ambil langkah awal, berdoa di depan Kaabah akan kemenangan TRW.

Walaumacamana pun ini semua hanyalah pendapat peribadi dan perang saraf antara pasukan yang akan bertanding. Walaupun saya menyokong TRW kerana orang Kelantan, kalah menang itu adalah adat permainan, pasukan yang kuat akan menang. Apa yang diharapkan ialah satu perlawanan yang adil, berkualiti dan boleh membantu memajukan bolasepak tanah air.

Akhir kata salam hormat dari saya,
Selamat menonton perlawanan akhir dengan penuh semangat kesukanan.

Alhamdulillah perlawanan sudah selesai. TRW berjaya mengalahkan ATM 3 - 2 dan sekali gus mencapai cita-cita menjadi TREBLE CHAMPION. 
CONGRATULATIONS THE RED WARRIORS!


Perlawanan seimbang, kedua-dua telah menunjukkan semangat perjuangan dan kesukanan yang bermutu. Segala cakap-cakap dan tomahan adalah tidak berasas. Tahniah kepada pengadil-pengadil perlawanan kerana mengawal perlawanan dengan adil dan penyokong2 kedua2 belah pihak dapat mengawal emosi dan disiplin. Inilah yang kita mahu bagi meningkatkan mutu sukan di tanah air kita terutamanya dalam permainan bolasepak.

Dan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA.



The Red Warriors tetap dihatiku,
 selamat berjuang wira-wiraku
kejayaan menanti kalian
Piala Malaysia kembali ke Kelantan.

TERIMA KASIH