Karimun, Indonesia
Cuti Deepavali baru-baru ni, 22 Okt 2014, menyeberang ke sana berasama isteri, adik ipar dan biras. Pergi pun secara kebetulan selepas bertandang ke rumah anak di Pontian, Johor nak bermain dengan cucu. Kesana cuma 2 hari satu malam nak kenal sahaja kerana jadi buah mulut orang di kampungku di Kelantan, terutama shopping sakan. Perjalanan dengan feri dari terminal Feri Kukup, Johor ke sana mengambil masa satu jam. Tambang RM120.00 seorang pergi dan balik(RM100.00 harga tiket + RM20 cukai pendaratan).
Kami menginap di hotel Paragon, sewa bilik bertaraf deluxe double termasuk apa-apa caj dan cukai hanya 270,000 rupiah = RM 73.00 untuk satu malam), kira ok lah.
Tanjung Balai merupakan sebuah pekan bagi kabupaten Karimun di dalam provinsi Riau, Indonesia. Berjalan-jalan dan shopping hanya cukup satu hari kerana hanya kedai-kedai dekat-dekat, jualan secara borong(kodian) dan runcit, kebanyakannya tekstil dan pakaian. Hotel penginapan berhampiran, keluar saja pintu hotel dan nampak kedai-kedai berhampiran. Kebanyakannya dimilikki bangsa Cina, manakala pembantu-pembantunya orang tempatan dan dari daerah -daerah lain.
Untuk bergerak kesana sini tidak susah kerana kedai berhampiran. Pengangkutan awam atau tut-tut banyak, dengan bayaran hanya 4,000 rupiah(RM1.00) seorang, anda boleh pergi kemana sahaja yang anda
suka.
Lokasi Pulau Karimun dikalangan pulau-pulau berhampiran |
Lokasi dan link Tanjong Balai, Karimun |
Terminal Feri Kukup. |
Terminal Feri Tanjong Balai |
Pusat perniagaan Tanjong Balai, Karimun. |
Penjual jalanan dengan cincin dan batu permata, batu permata tiruan(JJ). |
Dalam sebuah kedai tekstil dan pakaian b anyak varieti, boleh didapati secara borong(sekoran) atau runcit |
Pengangkutan awam atau tut-tut banyak. Sekali tunggang hanya 4000 rupiah = RM1.00 |
Tapak pasar malam beroperasi tiap-tiap malam |
Jenis makanan tempatan |
Satay, sup dan pecal tempatan |
Satu kepuasan datang ke sini?
Hanya hati sendiri yang boleh jawab, datanglah sendiri!
Bagiku sederhana sahaja, setakat datang nak kenal ok lah, nak cari sebenar-benar kepuasan atau nak shopping sakan, di sini bukanlah tempatnya tapi tidak rugi berkunjung.
Satisfied to be here?
Come and experience it on your own. To me it is okay but not the right place for real satisfaction and shopping
Photos shown the new development, for tourist attraction, the several miles long pedestrian mall along the coastline. Still under construction and said to be completed in 5 years time.
Nasi Padang Restaurant |
salam bang, nmpk menarik tanjung balai nih., ;p
ReplyDeleteWaalaikum Salaam. Memang menarik dan boleh lah utk jalan2.
ReplyDelete