Peta Provinsi Acheh |
Rombongan bergambar kenangan di hadapan Masjid Raya Baiturrahman. |
Pada 7 - 10 Oktober 2014, Jemaah Masjid Al Rahman Angkasapuri Kuala Lumpur.telah berjaya menganjurkan Program Ziarah dan Qurban di bumi Acheh, Indonesia. Seramai 35 perserta telah menyertai program ini termasuk saya. Saya telah lama berminat untuk menyertainya cuma baru kali ini ada kesempatan.
Bumi Acheh telah dibadai tsunami yang dahsyat pada tanggal 26 Disember 2004. Pusat gempa di luar pantai sebelah barat Acheh yang berukuran 9.6 di skala Ritcher telah menyebabkan kehilangan melebihi 220,000 jiwa, tumbuhan-tumbuhan dan harta benda penduduk. Pada tarikh lawatan kami hampir genaplah 10 tahun tragedi itu berlaku, bumi Acheh telah memulakan penghidupan baru walaupun amat sukar dilupakan dan masih dalam trauma.
Kami dibawa melawat beberapa kawasan terlibat dan sempat merakamkan tinggalan-tinggalannya. Kami juga dengan penuh keinsafan telah menghulur bantuan kepada masjid-masjid, pasantren, orang-orang kampung dan individu-individu yang terselamat dari bencana itu. Acara kemuncak ialah melakukan qurban 4 ekor lembu di Kg. Gurah dan Pasantren Hidayatullah.
Kesan-kesan tsunami
Bot tersadai dibumbung rumah di Kg Lampung. Bot inilah diceritakan telah menyelamat 49 jiwa dari hampir lemas kerana terperangkap di dalam rumah-rumah berhampiran itu |
Merakam kenangan di sini. Kawasan ini dijadikan monument untuk tarikan pelancong. |
Di Kampung Gurah
Bergambar kenangan di depan balai ketua kampung. Kampung ini 100% musnah hanya 5% penduduknya selamat. Kini dibaikpulih dengan bantuan NGO-NGO termasuk dari Malaysia. |
Lembu-lembu@sapi yang dikorbankan di sini. Kami disajikan makan tengah hari bersama penduduknya dengan masakan istimewa, gulai kawah campur umbut pisang. Di Acheh harga daging amat mahal RM40 sekilo. |
Kubah yang dihanyutkan tsunami ke kampung ini sejauh 2km dari masjid asal |
Dalam perjalanan sempat melihat kereta-kereta mangsa tusnami |
Lagi mangsa tsunami helikopter POLISI |
Masjid-masjid yang terselamat
Masjid Raya Baiturrahman. Tidak rosak kerana berada dihujung air dan lantainya dibina lebih tinggi dati aras tanah. Air bertakung dikelilingnya bersama mayat-mayat dan sisa-sisa runtuhan. |
Merakam potret dihadapan Masjid Raya Baiturrahman |
Masjid Baiturrahim. Masjid ini terletak di pinggir pantai masih mampu bertahan dengan beberapa kerosakan ketika tsunami. Bangunan-bangunan lain sekelilingnya 100% musnah. Kini telah pulih semula dengan bantuan NGO dan orang ramai. |
Bergambar kenangan dengan muazimnya, seorang India, katanya masuk Islam pd tahun 1980. "The only mamak in Banda Acheh" |
Rakaman kenangan bersama Leyna narrator kami di kapal ini, ,seorang dari mangsa tsunami yang terselamat |
Rumah berhampiran kapal yang rosak dibadai tsunami |
Wallahu alan.
Salam cikgu. Salah date tu kat "Bumi Acheh telah dibadai tsunami yang dahsyat pada tanggal 26 Disember 2014"
ReplyDeleteTerima Kasih
Delete