Tuesday, February 19, 2013

USAHA2 MENCARI DAN MENYELAMAT

Pada hari Sabtu 16 Februari 2013 merupakan hari malang bagi keluarga En. Nordin, seorang ahli jemaah Masjid Taman Uda Murni, Kota Bharu, Kelantan. Pada hari tersebut kira2 jam 5 petang anak lelakinya Mohd. Arief yang berusia 20 tahun terjatuh ke dalam Sungai Kelantan ketika menyeberangi jambatan alternatif yang digunakan oleh kontraktor. Mangsa ialah seorang pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM) yang sedang mengikuti kursus Pengurusan Pelancongan(Tourism Management). Beliau bercadang ke Pantai Seri Tujuh, Tumpat bersama beberapa orang rakannya bagi mengadakan sesi fotografi yang merupakan sebahagian dari kursusnya.

Oleh kerana keadaan jambatan Sultan Yahya Petra yang sesak dengan kenderaan beliau membonceng motosikal yang ditunggang oleh seorang rakannya dengan menggunakan jambatan alternatif  untuk menaiki kereta seorang lagi rakannya yang sedang menunggu di seberang Pasir Pekan untuk ke destinasinya. Semasa menyeberangi jambatan inilah motosikal hilang keseimbangan yang menyebab mangsa terjatuh ke dalam sungai. Pada waktu itu air sungai Kelantan sedang "memenuh" dan aliran kuat menyebabkan beliau terus hilang dibawa arus, sehingga pada waktu blog ini dipublish, mangsa belum lagi temui. Sudah masuk hari Kelima!

Gambar-gambar dibawah yang sempat saya rakamkan pada 20 Feb. 2013 dilokasi mencari dan menyelamat.

Jambatan alternatif yang digunakan oleh mangsa ketika terjatuh ke dalam sungai.
Jambatan atas ialah Jambatan kedua Sultan Yahya Petra.

Suasana di lokasi mencari dan menyelamat


Lakaran pelan operasi di urusetia mencari dan menyelamat.

Keluarga mangsa yang sabar menunggu di lokasi

Anggota Polis(APMM) dan Bomba dan Penyelamat
sedang menjalankan tugas mencari dan menyelamat

Anggota Bomba dan Penyelamat  di lokasi

Kenderaan amfibia yang digunakan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat

Orang ramai yang bersimpati memenuhi  atas tebing
sementara lokasi mencari dan menyelamat di bawahnya. 

Ayah mangsa, En. Nordin(berbaju merah belang putih) melayani
saudara mara dan pengunjung dilokasi.

Suasana dilokasi menyelamat dan mencari dari atas tebing


Usaha-usaha mencari dijalankan berterusan pada hari mangsa hilang hingga ke saat ini yang melibatkan Unit Bomba dan Penyelamat, APMM(Anggota Polis Maritim Malaysia), Unit penyelam TLDM, bomoh-bomoh, orang-orang perseorangan. Setiap unit berusha gigih bagi mencari mangsa dengan menggunakan segala alatan canggih, termasuk kenderaan amfibia dan anjing pengesan!

Semuga dengan izin Allah mangsa akan ditemui bagi meredakan kedua-dua ibubapa dan keluarganya.

Selepas 11 hari "hilang" akhirnya mayat ditemui oleh orang kampung di jeti Pulau Kambing @ LKIM Kuala Besar kira-kira 10 km dari tempat dia terjatuh. Mayat ditemui terapung kira-kira jam 7.30 pagi 26 Feb. 2013. Jenazah dikebumikan di Kg. Pantai Senok, Bachok, Kelantan, kampung ibunya sebelum zohor pada hari yang sama. Keadaan mayat sempurna walaupun 11 hari baru ditemui. 

Kedua-dua ibubapanya sentiasa berdoa agar mayat anaknya ditemui dan bersyukur dengan penemuan ini kerana dapat menziarah kubur anaknya. Mereka redha dengan pemergian anak sulung mereka itu dan mengharapkan agar roh anaknya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang soleh.
Aamiiiin MAHA BESAR ALLAH.





Saturday, February 2, 2013

JAMBATAN IDAMAN.

JAMBATAN IDAMAN atau Jambatan Sultan Yahya Petra yang kedua sudah mula dibuka untuk pengguna mulai 2 Feb. 2013. Yang dibuka laluan dari Pasir Pekan, Tumpat  ke Kota Bharu sahaja kerana laluan dari Kota Bharu ke Pasir Pekan masih dalam pembinaan. Laluan ini hanya dari Pasir Pekan ke Jalan Sultanah Zainab/Kg. Sireh disebabkan laluan ke Langgar ada terdapat sedikit masalah.

Jambatan ini terlalu lama dinantikan oleh rakyat Kelantan yang sepatutnya dapat digunakan sepenuhnya sejak September 2009 lagi. 4 tahun tertangguh! Ini pun sebahagian sahaja. Jambatan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dari KB ke Tumpat dan sebaliknya terutama di musim perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Dengar khabarnya PM nak datang rasmi sempena PRU 13, He he he sama2 lah kita tunggu PM kita nak kata apa dan janji nak bagi projek apa pulak.



Atas Jambatan mula memasuki laluan
 ke Kota Bharu dari Pasir Pekan



.
Hampir dengan Kota Bharu, 100 meter dihadapan
kenderaan terpaksa belok ke kiri ke Jalan Sultanah Zainah dan Kg. Sireh
 jalan ke Langgar masih ditutup terdapat sedikit masalah


Pasaraya TESCO dilihat dari atas jambatan baru.

Sama-samalah kita tunggu perkembangannya nanti