KAMPONG LULUT terletak dalam mukim Kuala Sungai, daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan. Sebuah kampung terpencil di pinggir sungai Lebir, terdapat 52 buah rumah penduduk, sebuah sekolah kebangsaan berasrama, kelinik desa dan sebuah masjid. Kampung ini telah dilanda banjir yang dahsyat pada 24 Disember 2014, bila air sungai Lebir melimpah dan menenggelamkan semua bangunan dan tanam-tanaman.
Kampong Lulut is a remote riverine settlement in Gua Musang, Kelantan comprises 52 houses, a primary school with students' hostel, a health centre and a mosque. It was worst hit by the flood before the closing of the year 2014
Di atas rasa keperihatinan dan kemanusiaan yang tinggi bekas2 pelajar Sekolah Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah mengambil inisiatif untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kampung berkenaan dan mengambilnya sebagai kampung angkat. Satu Jawatankuasa di bentuk oleh mereka, mendapat sambutan dan sokongan yg amat menggalakan lalu terbentuklah CAKNA ALUMNI FARIS PETRA(CAFP). Setelah mendapat pelbagai sumbangan dari ahli-ahli, dermawan, tokoh-tokoh korporat mereka berjaya mengumpul dana, barang-barang keperluan semasa, kepakaran dan anggota sukarelawan. Misi pertama dilakukan pada 31 Jan hingga 2 Feb. 2015 dan misi kedua pula pada 3 dan 4 April 2015
Ex students of Tengku Muhammad Faris Petra Secondary Science School took the pain and to organize The Rescue Team to help the victims. They obtained good supports from ex students, individuals and corporates in form of funds, food and clothings, expertise and volunteers. First mission commenced from 31 January until 2 February 2015 and followed by the second mission, 3rd and 4th of April 2015.
Misi pertama melibatkan kerja membersih kawasan dan bangunan, membaiki kerosakan, membina khemah sementara dan memberi bantuan kewangan, barangan makanan dan pakaian dan alatan sekolah. Misi kedua pula jamuan perdana bersama penduduk kampung, memberi bantuan kewangan, alatan sekolah dan kelinik desa dan bantuan anak pisang.
The pioneer mission involved the cleaning of the affected areas, premises, repairing, erecting temporary shelters, distributing food, clothes and cash. Followed by lunch and dined with the villagers, providing school and health equipment and distributing cash and banana seedlings to the villagers.
Misi pertama (31 Januari - 2 Februari 2015)
First Mission:
Sungai Lebir, Kg Lulut terletak di kiri tebing (Lulut situated on the left bank) |
Kiri: Sungai Lebir Kanan: Sungai Nenggiri Limpahan sungai-sungai ini bergabung dan membantai Kg Lulut (Combination of these tributaries hit the village) |
Meninjau kampung-kampung untuk memberi bantuan (Helping the flood victim) |
Kerosakan selepas banjir (the ruin after the flood) |
Asrama sekolah selepas banjir (School hostel after the flood) |
Sekolah Kebangsaan (The primary school) |
Selepas dilanda banjir (after flood) |
Membaiki kerosakan (repairing) |
Membantu mangsa (Helping the victims) |
Masjid Kg Lulut (the local mosque) |
Membina perteduhan sementara (Erecting temporary shelter) |
Alatan membersih kawasan (cleaning equipment) |
Khemah-khemah sementara (temporary shelters) |
Misi Kedua/Second mission: (3 dan 4 April 2015)
Makan besar@ bekwoh bersama penduduk Lulut Lunch & dinner with the villagers |
Bantuan anak pisang untuk mangsa banjir (banana seedlings for the victims) |
Selepas meninjau tanah kosong untuk dijadikan kawasan tanaman bersepadu (Conforming vacant land for integrated farm) |
Berehat selepas menyumbang wang pada mangsa banjir di Kg Melar (Take a rest after distributing cash to victims) |
Masjid baru dalam pembinaan bagi menggantikan yang lama yang telah rosak akibat banjir (New mosque under construction to replace the former) |
Misi ketiga akan dikemaskinikan
Third mission will be updated
INSYAALLAH