Thursday, August 11, 2011

PEREMPUAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID.




Banyak dipersoalkan mengenai perempuan bersolat berjemaah di masjid, ada pelbagai pendapat mengenainya dan menimbulkan kekeliruan mengenai hukum.

Berikut adalah pendapat-pendapat yang mungkin dapat menghuraikan kekeliruan berkenaan berdasarkan hadith-hadith dan pendapat ulama-ulama.

1. "Bahawasanya Rasulallah SAW melaksanakan solat subuh dan solat bersama baginda wanita mukminah yang menutup tubuh mereka dengan hijab, kemudian mereka pulang ke rumah dan tiada seorang pun mengenali mereka"
(Maksud hadith oleh ummul mukminin Aisyah, riwayat Imam Bukhari)

2. "Sesungguhnya aku memulai solat dan aku bermaksud memanjangkan solat, tetapi ketika mendengar tangisan anak kecil aku mempercepatkan solatku kerana tahu kuatnya perasaan ibunya apabila mendengar tangisan anaknya"
(Maksud hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

3. "Janganlah kamu melarang isteri kamu melaksanakan solat di masjid, tetapi solat di rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka"
( Maksud hadith riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

4. "Apabila isteri salah seorang dari kamu minta izin melaksanakan solat di masjid janganlah ia melarangnya"
(Maksud hadith riwayar Muslim)

5. "Apabila ada salah seorang dari kamu(wanita) hendak mendatangi masjid, maka hendaklah dia tidak menyentuh wangian"
(Maksud hadith riwayat Muslim)

6. "Sesiapa yang datang ke masjid dan tidak ada tujuan baginya melainkan mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka baginya pahala haji yang sempurna".
(Maksud hadith riwayat Tobaroni)

Ulama bersepakat tidak wajib bersolat di masjid. Makruh bagi pemudi kerana bimbangkan fitnah. Imam Nawawi," Tuntutan bersolat jemaah bagi wanita di masjid tidaklah sama tuntutan ke atas lelaki". Ibnu Jauzi, "Harus keluar bersama lelaki(suami)".
Yusof Al Qardhawi, "Solat seorang perempuan di rumahnya adalah lebih baik, jika ia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan Al Qur'an dari qari yang kusyuk, maka pergilah ke masjid itu adalah lebih baik".

Orang perempuan boleh ke masjid dengan pastikan berikut:

1. Pastikan tanggungjawab yang lebih utama diselesaikan terlebih dahulu seperti rumah tangga dan anak-anak.

2. Menutup aurat, tidak memakai wangi-wangian dan berhias melampaui batas syarak.

3. Dengan izin suami dan ditemani muhrim lelaki.

Para suami, ajaklah isteri/isteri-isteri anda bersolat di masjid. Izinkanlah mereka mempelajari dan mengikuti ilmu keagamaan di masjid.
Para isteri bila keluar rumah(ke masjid) tutuplah aurat mengikut syara', tidak berhias melampaui syara' dan jangan kenakan wangi-wangian.

Tetapi, BERSOLAT DI RUMAH ADALAH LEBIH BAIK.


Wallahu 'alan

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment