Saturday, June 22, 2013

MAKASSAR, City of the Daengs.

"Sekali Layar Terkembang Pantang Biduk Surut Ke Pantai"
  (The above motto simply means Never Retreat)
 Moto keramat bagi Kota Makassar. MAKASSAR  ialah ibu negeri provinsi Sulawesi Selatan(SulSel) dan bandar terbesar di Pulau Sulawesi, Indonesia. Sebuah bandar pelabuhan  dengan keluasan 175.77 km persegi dan jumlah penduduk seramai 1.4 juta jiwa.

Pada 16hb hingga 19 Jun 2013 seramai 30 orang ahli Persatuan Bekas Pengetua Kelantan telah mengadakan lawatan ke bandar ini bertujuan meluaskan pandangan dan mengetahui cara hidup masyarakat di sana. Bandar ini dipanggil Kota Daeng, bagi sebahagian penduduknya bandar ini juga dipanggil "bandar seribu mesjid", berketepatan kerana banyak mesjid dan surau terdapat.

Berikut dipamerkan foto-foto yang sempat saya rakam sepanjang lawatan.


Lokasi Makassar di Pulau Sulawesi
Ahli-ahli rombongan bergambar di depan
Masjid Al Markaz Al Islami Jeneral Jusuf.

Sebahagian anggota rombongan di lobby
Hotel Continent Centre.

Kebetulan majlis pembukaan rasmi hotel berlaku pada hari itu.

















Antara dilawati
Museum Besar(Istana GOWA)


Pintu masuk ke museum




Dalam museum
Gambar seorang dari pemimpin Raja-raja Gowa
.




Makam keluarga keturunan Raja-Raja Gowa


Antara laluan-laluan sempit tapi sibuk yang kami lalui memperlihatkan
bangunan-bangunan lama, kebetulan ada paip bocor di laluan ini.


Antara banyak mesjid yang didapati di dalam bandar.



Antara mesjid-mesjid utama di Makassar




Rumah etnik Toraja
Lagi pemandangan rumah etnik Toraja.


Pantai Losari
Pantai Losari di lewat sore.

Di jeti bot sewaan untuk pusing-pusing 

Posing di waktu rembang
Di pantai sebahagian kami menikmati pisang empek, pisang bakar diimpit dimakan dengan manisan kelapa


Antara kompleks membeli belah utama

Tempat Makan dan sajian

Antara rumah makan yang disinggahi

Daging konro: rusuk lembu@sapi bakar
Daging diperap dengan perapan kuah kacang
dan rasanya seperti sate di makan
dengan kuah sop perasa kacang.


Membantu memasak konro


Cobek-cobek:
Pangiilan khas bagi ayam goreng dan ikan goreng
.

Sepanjang lawatan kami diberi penerangan yang jelas oleh Achok tourist guide dan mendapat kerjasama yang amat memuaskan dari supir-supir.

Komen saya: Sesuai untuk meluangkan masa semasa cuti dan santai-santai, sederhana sahaja, dapat mengenali saudara serumpun terutama etnik Makassar dan Bugis.  Bukan bandar membeli belah yang sesuai.

Sekian
Terima kasih.