"Sekali Layar Terkembang Pantang Biduk Surut Ke Pantai"
(The above motto simply means
Never Retreat)
Moto keramat bagi Kota Makassar. MAKASSAR ialah ibu negeri provinsi Sulawesi Selatan(SulSel) dan bandar terbesar di Pulau Sulawesi, Indonesia. Sebuah bandar pelabuhan dengan keluasan 175.77 km persegi dan jumlah penduduk seramai 1.4 juta jiwa.
Pada 16hb hingga 19 Jun 2013 seramai 30 orang ahli Persatuan Bekas Pengetua Kelantan telah mengadakan lawatan ke bandar ini bertujuan meluaskan pandangan dan mengetahui cara hidup masyarakat di sana. Bandar ini dipanggil Kota Daeng, bagi sebahagian penduduknya bandar ini juga dipanggil "bandar seribu mesjid", berketepatan kerana banyak mesjid dan surau terdapat.
Berikut dipamerkan foto-foto yang sempat saya rakam sepanjang lawatan.
|
Lokasi Makassar di Pulau Sulawesi |
|
Ahli-ahli rombongan bergambar di depan Masjid Al Markaz Al Islami Jeneral Jusuf. |
|
Sebahagian anggota rombongan di lobby Hotel Continent Centre. |
|
Kebetulan majlis pembukaan rasmi hotel berlaku pada hari itu. |
|
Antara dilawati Museum Besar(Istana GOWA) |
|
Pintu masuk ke museum
|
|
Dalam museum Gambar seorang dari pemimpin Raja-raja Gowa.
|
|
Makam keluarga keturunan Raja-Raja Gowa |
|
Antara laluan-laluan sempit tapi sibuk yang kami lalui memperlihatkan bangunan-bangunan lama, kebetulan ada paip bocor di laluan ini. |
|
Antara banyak mesjid yang didapati di dalam bandar. |
|
Antara mesjid-mesjid utama di Makassar |
|
Rumah etnik Toraja |
|
Lagi pemandangan rumah etnik Toraja. |
Pantai Losari
|
Pantai Losari di lewat sore. |
|
Di jeti bot sewaan untuk pusing-pusing |
|
Posing di waktu rembang |
Di pantai sebahagian kami menikmati pisang empek, pisang bakar diimpit dimakan dengan manisan kelapa
|
Antara kompleks membeli belah utama |
Tempat Makan dan sajian
|
Antara rumah makan yang disinggahi |
|
Daging konro: rusuk lembu@sapi bakar Daging diperap dengan perapan kuah kacang dan rasanya seperti sate di makan dengan kuah sop perasa kacang. |
|
Membantu memasak konro |
|
Cobek-cobek: Pangiilan khas bagi ayam goreng dan ikan goreng. |
Sepanjang lawatan kami diberi penerangan yang jelas oleh Achok tourist guide dan mendapat kerjasama yang amat memuaskan dari supir-supir.
Komen saya: Sesuai untuk meluangkan masa semasa cuti dan santai-santai, sederhana sahaja, dapat mengenali saudara serumpun terutama etnik Makassar dan Bugis. Bukan bandar membeli belah yang sesuai.
Sekian
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment