PERANG POSTER, SESUATU YANG BERBALOI ATAU PEMBAZIRAN.
Pilihanraya Umum(PRU) ke 13, 5 Mei 2013 adalah tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, terutama bagi yang layak mengundi. Pertembungan parti-parti pakatan yang dominan seperti Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat(PR) masing-masing berusaha sedaya upaya menarik pengundi-pengundi. Kedua-dua pihak telah mengemukakan manisfesto masing-masing. Pelbagai isu telah dikeluarkan termasuklah yang berunsur sensitif, fitnah, menyentuh peribadi, menjijikan dan menyatakan kelemahan lawan masing-masing.
Saya kurang berminat hendak mengulas isu-isu berkenaan, buat dosa tak tentu pasal aje, saya lebih berminat dengan perang poster yang semakin rancak. Masing-masing tidak mahu mengalah. Poster BN dari kuantitinya nampaknya lebih banyak, poster PAS lebih mempamerkan kreativiti yang menarik. Senario masa kini dipenuhi dengan poster-poster yang menarik terutama poster BN dan PAS.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenangan.
KREATIVI
BAYANG-BAYANG
Jalan Anggerik, Taman Uda Murni,KB |
Berek 12 |
Depan Muzium Negeri, Jln Hospital, KB |
JAMBATAN
Jambatan Sg Baung arak ke Lapangan Terbang. |
Jambatan Tok Guru, Pulau Melaka |
Jambatan kampung di Taman Sabariah. |
Jambatan merentas Sg. Baung arah ke Kg. Banggol |
Jambatan Sultan Yahya Petra |
Dalam Pasar Kubang Pasu |
Berek 12 Jalan Hospital |
Cabang 4 Kg. Cherang, KB. |
Jalan PCB |
Depan Dewan UMNO Kelantan |
Perarakan TUKAR |
ROUND ABOUT
Bulatan Tuan Padang(Jam Besar), Kota Bharu. |
Bulatan Tuan Padang |
Bulatan dekat Taman Bandaran Tengku Anis, KB |
Bulatan Kg Chempaka, Rambutan Rendang, KB |
Bulatan Tuan Padang |
"Ini Kali lah" sebuah kata keramat?
Perang poster membazir? Bagi orang neutral dan ahli ekonomi memang membazir, pada pendapat mereka bukan sahaja wang ringgit bahkan masa dan tenaga, kewibawaan calon untuk membawa perubahan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat paling penting. Bagi ahli politik sebaliknya kerana boleh menarik pengundi dan mengukur pengaruh parti masing-masing.
Masa ini paling baik untuk menukarkan pemerintahan di Putrajaya kerana saya tertarik dengan beberapa perkara akan dilaksanakan terutama di Kelantan.
1. Dapat kembalikan Royalti, sebanyak RM12 billion dan 20% royalti setahun dibayar cash!
2. Kelantan akan dapat merasai pembangunan yang seimbang setelah disisihkan sekian lama.
3. Undang-Undang Islam dapat dilaksanakan.
4. Maksiat-maksiat dan perlakuan kurang bermoral akan dapat dihapuskan.
5. Bantuan sekolah agama akan dapat balik.
6. Dan banyak lagi....sila rujuk manifesto PR
Satu pesanan, jangan sekali-kali mengundi calon ini:
1. Berbangga dengan membina masjid tapi tangan yang sama meluluskan lesen arak, judi dan persundalan.
2. Berbangga dengan membuat Bank Islam tapi bergembira dengan amalan riba.
3. Berbangga dengan sedikit ilmu tapi mengutuk alim ulama.
4. Berbangga dengan memberi sedikit bantuan pada rakyat tapi berlumba-lumba mengumpul harta dengan banyak untuk kepentingan diri sendiri.
SELAMAT MENGUNDI!
Pastikan pilihan anda itu tepat.
Pastikan pilihan anda itu tepat.
Keputusan diumumkan oleh SPR pada pukul 1 pagi apabila BN memperolehi 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.
Keputusan penuh:
BN.... 133 kerusi,
PR.... 89 kerusi: DAP (36), PKR(32)dan PAS(21).
PR.... 89 kerusi: DAP (36), PKR(32)dan PAS(21).
Undi mengikut populariti:
Parlimen
PR...5,623,984 undi atau 50.3%
BN...5,237,699 undi atau 46.8%
PRU 12(2008) PRU 13(2013)
PR: 82 89 (+7)
BN: 140 133 (-7)
DUN
PR.........4,879,699 undi
BN........4,513,997 undi
PRU 12(2008) PRU 13(2013)
PR: 161 230(+71)
BN: 344 275(-71)
No comments:
Post a Comment