Sunday, November 2, 2014

Tg Balai, Karimun.

Bersantai di Tanjung Balai, 
Karimun, Indonesia

 Cuti Deepavali baru-baru ni, 22 Okt 2014, menyeberang ke sana berasama isteri, adik ipar dan biras. Pergi pun secara kebetulan selepas bertandang ke rumah anak di Pontian, Johor nak bermain dengan cucu. Kesana cuma 2 hari satu malam nak kenal sahaja kerana jadi buah mulut orang di kampungku di Kelantan, terutama shopping sakan. Perjalanan dengan feri dari terminal Feri Kukup, Johor ke sana mengambil masa satu jam. Tambang RM120.00 seorang pergi dan balik(RM100.00 harga tiket + RM20 cukai pendaratan).
 Kami menginap di hotel Paragon, sewa bilik bertaraf deluxe double termasuk apa-apa caj dan cukai hanya 270,000 rupiah = RM 73.00 untuk satu malam), kira ok lah.

Tanjung Balai merupakan sebuah pekan bagi kabupaten Karimun di dalam provinsi Riau, Indonesia. Berjalan-jalan dan shopping hanya cukup satu hari kerana hanya kedai-kedai dekat-dekat, jualan secara borong(kodian) dan runcit, kebanyakannya tekstil dan pakaian. Hotel penginapan berhampiran, keluar saja pintu hotel dan nampak kedai-kedai berhampiran. Kebanyakannya dimilikki bangsa Cina, manakala pembantu-pembantunya orang tempatan dan dari daerah -daerah lain.

Untuk bergerak kesana sini tidak susah kerana kedai berhampiran. Pengangkutan awam atau tut-tut banyak, dengan bayaran hanya 4,000 rupiah(RM1.00) seorang, anda boleh pergi kemana sahaja yang anda
suka.

Makanannya boleh tahan sedapnya dengan harga berpatutan tanpa keraguan halalnya kerana dikendalikan oleh orang Islam tempatan. Yang bezanya hanyalah selera kita dengan masakan tempatan.


Lokasi Pulau Karimun dikalangan pulau-pulau berhampiran

Lokasi dan link Tanjong Balai, Karimun




Terminal Feri Kukup.
Terminal Feri Tanjong Balai







Pusat perniagaan Tanjong Balai, Karimun.



Penjual jalanan dengan cincin
dan batu permata,
batu permata tiruan(JJ).
Dalam sebuah kedai tekstil dan pakaian b
anyak varieti, boleh didapati secara
borong(sekoran) atau runcit
Pengangkutan awam atau tut-tut banyak. 
Sekali tunggang hanya
4000 rupiah = RM1.00
Tapak pasar malam 
beroperasi tiap-tiap malam


Jenis makanan tempatan

Satay, sup dan pecal tempatan

Satu kepuasan datang ke sini? 
Hanya hati sendiri yang boleh jawab, datanglah sendiri!
Bagiku sederhana sahaja, setakat datang nak kenal ok lah, nak cari sebenar-benar kepuasan atau nak shopping sakan, di sini bukanlah tempatnya tapi tidak rugi berkunjung.

Satisfied to be here? 
Come and experience it on your own. To me it is okay but not the right place for real satisfaction and shopping


The second visit 24 and 25 December 2016 

   Photos shown the new development, for tourist attraction, the several miles long pedestrian mall along the coastline. Still under construction and said to be completed in 5 years time.


Nasi Padang Restaurant






























Thursday, October 16, 2014

ACHEH QURBAN TOUR


Peta Provinsi Acheh



Rombongan bergambar kenangan 
di hadapan Masjid Raya Baiturrahman.


Pada  7  - 10 Oktober 2014,  Jemaah Masjid Al Rahman Angkasapuri Kuala Lumpur.telah berjaya menganjurkan Program  Ziarah dan Qurban di bumi Acheh,  Indonesia. Seramai 35 perserta telah menyertai program ini termasuk saya. Saya telah lama berminat untuk menyertainya cuma baru kali ini ada kesempatan.

Bumi Acheh telah dibadai tsunami yang dahsyat pada tanggal 26 Disember 2004. Pusat gempa di luar pantai sebelah barat Acheh yang berukuran 9.6 di skala Ritcher telah menyebabkan kehilangan melebihi 220,000 jiwa, tumbuhan-tumbuhan dan harta benda penduduk. Pada tarikh lawatan kami hampir genaplah 10 tahun tragedi itu berlaku, bumi Acheh telah memulakan penghidupan baru walaupun amat sukar dilupakan dan masih dalam trauma.

Kami dibawa melawat beberapa kawasan terlibat dan sempat merakamkan tinggalan-tinggalannya. Kami juga dengan penuh keinsafan telah menghulur bantuan kepada masjid-masjid, pasantren, orang-orang kampung dan individu-individu yang terselamat dari bencana itu. Acara kemuncak ialah melakukan qurban 4 ekor lembu di Kg. Gurah dan Pasantren Hidayatullah.


Kesan-kesan tsunami

Bot tersadai dibumbung rumah di Kg Lampung. 
Bot inilah diceritakan telah menyelamat 49 jiwa dari 
hampir lemas kerana terperangkap 
di dalam rumah-rumah berhampiran itu



Merakam kenangan di sini. 
Kawasan ini dijadikan monument untuk tarikan pelancong.









Di Kampung Gurah

Bergambar kenangan di depan balai ketua kampung.
Kampung ini 100% musnah hanya
5% penduduknya selamat. Kini dibaikpulih
dengan bantuan NGO-NGO termasuk
dari Malaysia.


Lembu-lembu@sapi yang dikorbankan di sini.
 Kami disajikan makan tengah hari bersama penduduknya 
dengan masakan istimewa, gulai kawah campur umbut pisang.
Di Acheh harga daging amat mahal RM40 sekilo.




Kubah yang dihanyutkan tsunami 
ke kampung ini 
sejauh 2km dari masjid asal

Dalam perjalanan sempat melihat 
kereta-kereta mangsa tusnami
Lagi mangsa tsunami helikopter POLISI


Masjid-masjid yang terselamat


Masjid Rahmatullah. 
Masjid ini mengalami kerosakan tapi tidak teruk. 
Dibaikpulih oleh kerajaan Turki , terdapat 
sedikit tempat yang sengaja dibiarkan kerana
memberi peluang untuk orang ramai merderma. 

Masjid Raya Baiturrahman.
Tidak rosak kerana berada dihujung air 
dan lantainya  dibina lebih tinggi dati aras tanah.
Air bertakung dikelilingnya bersama mayat-mayat
dan sisa-sisa runtuhan.  

Merakam potret dihadapan
Masjid Raya Baiturrahman




Masjid Baiturrahim. 
Masjid ini terletak di pinggir pantai masih mampu
bertahan dengan beberapa kerosakan ketika tsunami. 
Bangunan-bangunan lain sekelilingnya 100% musnah.
Kini telah pulih semula dengan bantuan NGO dan 
orang ramai.


Bergambar kenangan dengan muazimnya, 
seorang India,
katanya masuk Islam
 pd tahun 1980.
"The only mamak in Banda Acheh"

Kapal seberat 2600 tan dihanyut tsunami sejauh 5km dari
pelabuhan. Ini kapal pembekal eletrik sekunder ke Banda Acheh. 
Dibawahnya dipercayai ada beberapa rumah dan penghuni-penghuninya sekali.
Sekarang ini dijadikan monument tarikan pelancong di sini.

Rakaman kenangan bersama Leyna
narrator kami di kapal ini, 
,seorang dari mangsa tsunami yang terselamat






Rumah berhampiran kapal yang rosak
 dibadai tsunami






Pemandangan di Ulee Lheue, dekat dengan masjid Baiturrahim.Dari arah laut ini lah gelombang besar setinggi  36m dengan
kelajuan 360km/kmsj membadai kawasan ini 10 tahun dulu
sehingga jadi padang jarak padang tekukur




Perkuburan mangsa tsunami.Seramai 46,860 mayat disemadikan dalam satu lubang,
ada yang tidak sempat dikafan

Begitulah maha dahsyatnya bencana dari Allah untuk menguji kesabaran dan ketabahan 
saudara-saudara kita di bumi Acheh. Sepuluh tahun sudah berlalu, kini mereka dengan penuh tabah membangun semula negeri mereka yang hampir musnah dengan bantuan-bantuan luar dan kerajaan Indonesia.  
Wallahu alan.

Friday, June 20, 2014

Kelantan Dates

KURMA KELANTAN
KELANTAN DATES

Kurma berbuah lebat di Kota Bharu, Kelantan?
Senario perubahan yang berlaku dengan izin ALLAH SWT telah menarik perhatian ramai. Tanaman yang begitu asing di sebuah kawasan Khatulistiwa yang dikira amat mustahil boleh tumbuh apatah lagi berbunga dan berbuah dengan lebat. Pokok yang hanya boleh hidup di kawasan gurun dapat menyesuaikan diri dengan keadaan geografi yang amat berbeza.

Sebanyak 37 pokok kurma di tanam oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu BRI 15 tahun lalu di bulatan Jam Besar Kota Bharu hanya sebagai hiasan. !0 pokok mengeluarkan buah dengan lebat dan menjadi tarikan orang ramai. Amat ramai penduduk tempatan datang menyaksikan sendiri dan merakam gambar kenangan di kawasan ini. Akhir-akhir ini pelancong dari luar Kelantan dan juga luar negara kelihatan ada bersama.

Diberitakan pokok kurma di tempat lain juga berbuah tetapi tidaklah lebat sangat seperti di mukim Tapang dan daerah Bachok.

Date palms bear fruits in Kota Bharu, Kelantan?
Impossible, ridiculous but real, praise be to ALLAH the Almighty! The native plants of the desert and arid areas completely impossible to grow and bear fruits in the Equatorial region. 37 palms trees were planted 15 years ago by the local council, 10 palms are bearing fruits. The new attraction to the city that brings both local and foreign  tourists to Kota Bharu. It can be found in other places too but less to be known.


Bulatan Jam Besar @ Bulatan Tuan Padang


Dalam kawasan Bulatan

Dalam kawasan Bulatan

Penulis bergambar kenangan


Close up




Orang ramai mengunjungi bulatan  dan pokok kurma


Pelancong asing turut menyaksikan dan bergambar kenangan
Tourists crowding the area
Selamat Datang ke Kota Bharu dan saksikan keajaiban.
Welcome to Kota Bharu and witness the miracle

                   



















Monday, June 16, 2014

Penghujung Benua Asia

PENGHUJUNG TANAH BESAR ASIA
THE MOST SOUTHERN TIP OF ASIAN CONTINENT

Satu dari keistimewaan Semenanjung Tanah Melayu ialah adanya penghujung Tanah Besar Asia. Tempat ini terletak di Tanjong Piai mukim Kukup daerah Pontian, kira-kira 30 km dari pekan Pontian. Johor. Saya dan keluarga berkesempatan mengunjungi tempat ini pada 11 Jun 2014 yang lalu.

Tanjong Piai ialah sebuah kawasan terletak paling selatan,  terdapat sebuah Taman Negara yang terdiri dari hutan bakau yang asli dan terpelihara. Amat sesuai dijadikan tempat pelancongan, bersantai, pencinta alam semulajdi, membuat kajian dan penyelidikan, memancing dan mengunjungi tempat paling istimewa, "penghujung  tanah besar Asia" atau The Most Southern Tip of  Asian Continent.

Situated in Tanjong Piai, the southern most area, 30 km and accessible from the small town of Pontian . The well protected forest reserve of mangrove swamp dominates the area suitable for  tourism, nature lovers, making researches, angling and of course visiting the most southern tip of Asian Continent.

Lovely scenery: Sunset in Pontian

Myself, spouse and a grandson




The mangrove root


The Inhabitant apart from monkeys,  pit viper, and crustaceans


The dense mangrove


The boardwalk  linking  the main entrance and the platform

Add caption

My lovely spouse

Myself, daughter, son in law and a grandson

Taking a short rest.An island in the background is an Indonesian
Pulau Karimun