Friday, January 3, 2014

Islamic Museum

Islamic Museum@Muzium Islam, Makkah juga dipanggil Muzeum Kaabah. Terletak kira-kira 15 km dari Makkah atau hanya 10 minit berkendaraan. Di dalamnya mempamerkan bangunan dan komponen-komponen yang berkaitan dengan Masjidul Haram. Pada 21 Disember 2013, saya dan rombongan diberi kesempatan mengunjungi muzium ini semasa program Umrah dan Ziarah diiringi oleh seorang pembawa@mutawif Ustaz Ab. Wahab bin Kamaruddin.


Lakaran Kaabah
Semua keempat-empat penjuru tidak sama panjang dan
ketinggian tiang@rukun pun tidak sama tinggi

Saluran Emas

Frem@Frame Hajarul Aswad

Mesin tenun kelambu Kaabah

Pintu Kaabah

Pintu Kaabah

Kunci Pintu Kaabah

Penanda Maqam Ibrahim

Penutup Telaga Air Zam Zam

Kaedah tradisional menentukan waktu

Jam dan jenteranya

Tangga jati digunakan untuk mencuci Kaabah

Tiang menara Masjidul haram


Jemaah di depan Museum Islam@Kaabah



Wednesday, January 1, 2014

A BLESSING JOURNEY

PENGEMBARAAN YANG DIBERKATI




 A BLESSING JOURNEY

Tarikh/Date:
16  -  27 December 2013.



Seramai 17 jemaah, termasuk saya dan isteri dengan izin Allah SWT telah dapat menunai UMRAH dengan selamat dan mengharapkan yang MABRUR. Kami menggunakan perkhidmatan ZSM Mabrur  Services yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Alhamdulillah berkat doa saudara mara, kawan-kawan dan masyarakat setempat, kami telah berjaya menunaikan ibadat ini. Disamping itu kami dapat menziarah tempat-tempat yang penuh keberkatan dan bersejarah.

Perjalanan kami bermula pada 16 Disember dengan menaiki Penerbangan Emirates dari KLIA ke Dubai menggunakan pesawat A380, selepas transit selama 3 jam perjalanan disambung ke Madinah. Sampai di Madinah jam 3.15 pagi waktu tempatan. Suhu amat sejuk, 9 darjah C, terasa hingga ke tulang hitam.. Selesai segala urusan kami sempat menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi. Sepanjang berada di Madinah kami sempat menziarah dalam dan luar masjid serta sekitar Madinah. Kami tinggal di Pondok@hotel Mubarak Madinah hanya 50 meter dengan masjid Nabawi.



Gambar-gambar dalam, sekitar masjid Nabawi dan Madinah.


Di depan Masjid Nabawi, Madinah
Suhu amat 
sejuk 9 darjah C


Raudhah, di dalam Masjid Nabawi,
Kelihatan Mimbar Nabi
Solat satu rakaat di dalam masjid ini sama
1000 rakaat di masjid lain kecuali 

Masjidil Haram(100k) dan Masjid Aqsa (500)


Selepas solat ziarah makam Nabi Muhammad SAW 
dan 2 sahabat, Abu Bakar Assidiq dan Omar al Khattab
Pagar logam melingkungi Makam2

Jannatul Baqi'@Kubur Baqi'. 
Tempat bersemadi jasad isteri2 Rasulallah, 
Sahabat2 dan para Syuhada
 Dibuka untuk mumum selepas solat subuh dan Asar.

Masjid Quba'
Masjid pertama di bina Rasullalah 
sebagai tanda dan asas perpaduan


Dalam masjid Quba' bersama 2 orang kawan lama

Bersimpuh di dalam masjid Quba'
Solat 2 rakaat di dalam masjid ini 

menyamai sekali pahala umrah
Di kebun kurma, Madinah

Jabal Uhud
 Di kaki Jabal Uhud.
Makam bersemadinya jasad As Syahid Sayyidina Hamzah.

Masjid Qiblatain
Di sini lah Nabi Muhammad di perintahkan menukar

arah qiblat dari Masjid Aqsa ke Masjid Haram.

Memilih tamar di PasarTamar
Tamar ajwa@tamar nabi pilihan utama

Masjid Zulhulaifah@Bir Ali,
 miqat dari arah Madinah ke Makkah

 Pada 19 Disember selepas selama 3 hari di Madinah, kami bertolak ke Makkah selepas solat zohor dan singgah di Zulhulaifah atau Bir Ali untuk berniat ihram dan sempat solat asar. Kami singgah di sebuah RNR untuk makan malam dan solat maghrih dan 'Isa. Sampai di Makkah al Mukarramah kira jam 10 malam dan selesaikan Umrah dan tawaf Qudum. Kami tinggal di Pondok Jawharat Hussein, Ajyad, 250 meter dari Masjidul Haram.


Gambar-gambar di Makkah:
Dalam, sekitar Masjidil Haram dan sekitar Makkah.

Depan Masjid Haram
Pintu Utama, Bab Malik@King Ab. Aziz.

Lihat sahaja Kaabah sudah dapat pahala.
Solat 1 rakaat di masjid ini sama dengan
100k  rakaat di masjid lain.

Tawaf 7 keliling bermula di Rukun Hajarul Aswad
adalah rukun Haji dan Umrah.
Saei antara Bukit Safa dan Marwah, pergi dan balik
7 kali mula di Safa dan berakhir di Marwah
(rukun haji dan umrah)
mengingati peristiwa  Siti Hajar mencari air
untuk anaknya Ismail sehingga ketemu
air zam-zam berhampiran  Kaabah.



Sebahagian dari rombongan bergambar
di kaki gunung ke Gua Thur. 

Di gua ini lah Nabi Muhammad SAW
dan Abu Bakar bersembunyi dari orang musyrikin 
semasa hijrah ke Madinah.

Kawasan Jabal Rahmah

Di puncak Jabal Rahmah

Di puncak Jabal Rahmah
Tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa selepas
perpisahan yang begitu lama


Di sebuah ladang ternakan unta di Hudaibiyah

Di ladang unta di Hudaibiyah
sedang membelai anak unta yang manja 

yang baru berusia sebulan

Masjid lama Hudaibiyah.
Masjid ini dibina dalam zaman Uthmaniah

Di dalam museum Kaabah di Hudaibiyah
Di belakang kaedah2 menentukan waktu.


Pada 26 Disember kami membuat tawaf wida' tanda berakhirnya kami di Makkah. Berlepas ke Jeddah pada jam 4.30 pagi selepas berada selama 7 hari di Makkah. Kami solat subuh di Masjid terapung Jeddah, sarapan di pinggir Laut Merah dan langsung ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz untuk ke Dubai.  Transit selama 8 jam di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai  tidak  bosan kerana suasana yang amat kondusif. Berlepas dari Dubai jam 9.45 malam dan sampai di KLIA pukul 8.30 pagi waktu tempatan 27 Disember.

Setelah selesai semuanya dipohonkan kepada Allah agar semua amalan sepanjang berada di Makkah dan Madinah MABRUR. Menguatkan azam untuk datang pula dalam masa terdekat untuk menjadi tetamu Allah.



Masjid terapung Jeddah
Kami solat subuh dan sarapan di sini 

Masjid terapung Jeddah di pinggir Laut Merah.
Terminal Lapangan Terbang Dubai
Transit di sini sebelum teruskan perjalanan sama ada
ke Madinah atau KLIA.


AMIN