PENGEMBARAAN YANG DIBERKATI
A BLESSING JOURNEY
Tarikh/Date:
16 - 27 December 2013.
Seramai 17 jemaah, termasuk saya dan isteri dengan izin Allah SWT telah dapat menunai UMRAH dengan selamat dan mengharapkan yang MABRUR. Kami menggunakan perkhidmatan ZSM Mabrur Services yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Alhamdulillah berkat doa saudara mara, kawan-kawan dan masyarakat setempat, kami telah berjaya menunaikan ibadat ini. Disamping itu kami dapat menziarah tempat-tempat yang penuh keberkatan dan bersejarah.
Perjalanan kami bermula pada 16 Disember dengan menaiki Penerbangan Emirates dari KLIA ke Dubai menggunakan pesawat A380, selepas transit selama 3 jam perjalanan disambung ke Madinah. Sampai di Madinah jam 3.15 pagi waktu tempatan. Suhu amat sejuk, 9 darjah C, terasa hingga ke tulang hitam.. Selesai segala urusan kami sempat menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi. Sepanjang berada di Madinah kami sempat menziarah dalam dan luar masjid serta sekitar Madinah. Kami tinggal di Pondok@hotel Mubarak Madinah hanya 50 meter dengan masjid Nabawi.
Gambar-gambar dalam, sekitar masjid Nabawi dan Madinah.
Di depan Masjid Nabawi, Madinah Suhu amat sejuk 9 darjah C |
Raudhah, di dalam Masjid Nabawi, Kelihatan Mimbar Nabi Solat satu rakaat di dalam masjid ini sama 1000 rakaat di masjid lain kecuali Masjidil Haram(100k) dan Masjid Aqsa (500) |
Selepas solat ziarah makam Nabi Muhammad SAW dan 2 sahabat, Abu Bakar Assidiq dan Omar al Khattab Pagar logam melingkungi Makam2 |
Jannatul Baqi'@Kubur Baqi'. Tempat bersemadi jasad isteri2 Rasulallah, Sahabat2 dan para Syuhada Dibuka untuk mumum selepas solat subuh dan Asar. |
Masjid Quba' Masjid pertama di bina Rasullalah sebagai tanda dan asas perpaduan |
Dalam masjid Quba' bersama 2 orang kawan lama |
Bersimpuh di dalam masjid Quba' Solat 2 rakaat di dalam masjid ini menyamai sekali pahala umrah |
Di kebun kurma, Madinah |
Jabal Uhud |
Di kaki Jabal Uhud. Makam bersemadinya jasad As Syahid Sayyidina Hamzah. |
Masjid Qiblatain Di sini lah Nabi Muhammad di perintahkan menukar arah qiblat dari Masjid Aqsa ke Masjid Haram. |
Memilih tamar di PasarTamar Tamar ajwa@tamar nabi pilihan utama |
Masjid Zulhulaifah@Bir Ali, miqat dari arah Madinah ke Makkah |
Pada 19 Disember selepas selama 3 hari di Madinah, kami bertolak ke Makkah selepas solat zohor dan singgah di Zulhulaifah atau Bir Ali untuk berniat ihram dan sempat solat asar. Kami singgah di sebuah RNR untuk makan malam dan solat maghrih dan 'Isa. Sampai di Makkah al Mukarramah kira jam 10 malam dan selesaikan Umrah dan tawaf Qudum. Kami tinggal di Pondok Jawharat Hussein, Ajyad, 250 meter dari Masjidul Haram.
Gambar-gambar di Makkah:
Dalam, sekitar Masjidil Haram dan sekitar Makkah.
Depan Masjid Haram Pintu Utama, Bab Malik@King Ab. Aziz. |
Lihat sahaja Kaabah sudah dapat pahala. Solat 1 rakaat di masjid ini sama dengan 100k rakaat di masjid lain. Tawaf 7 keliling bermula di Rukun Hajarul Aswad adalah rukun Haji dan Umrah. |
Sebahagian dari rombongan bergambar di kaki gunung ke Gua Thur. Di gua ini lah Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar bersembunyi dari orang musyrikin semasa hijrah ke Madinah. |
Kawasan Jabal Rahmah |
Di puncak Jabal Rahmah |
Di puncak Jabal Rahmah Tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa selepas perpisahan yang begitu lama |
Di sebuah ladang ternakan unta di Hudaibiyah |
Di ladang unta di Hudaibiyah sedang membelai anak unta yang manja yang baru berusia sebulan |
Masjid lama Hudaibiyah. Masjid ini dibina dalam zaman Uthmaniah |
Di dalam museum Kaabah di Hudaibiyah Di belakang kaedah2 menentukan waktu. |
Pada 26 Disember kami membuat tawaf wida' tanda berakhirnya kami di Makkah. Berlepas ke Jeddah pada jam 4.30 pagi selepas berada selama 7 hari di Makkah. Kami solat subuh di Masjid terapung Jeddah, sarapan di pinggir Laut Merah dan langsung ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz untuk ke Dubai. Transit selama 8 jam di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai tidak bosan kerana suasana yang amat kondusif. Berlepas dari Dubai jam 9.45 malam dan sampai di KLIA pukul 8.30 pagi waktu tempatan 27 Disember.
Setelah selesai semuanya dipohonkan kepada Allah agar semua amalan sepanjang berada di Makkah dan Madinah MABRUR. Menguatkan azam untuk datang pula dalam masa terdekat untuk menjadi tetamu Allah.
Masjid terapung Jeddah Kami solat subuh dan sarapan di sini |
Masjid terapung Jeddah di pinggir Laut Merah. |
Terminal Lapangan Terbang Dubai Transit di sini sebelum teruskan perjalanan sama ada ke Madinah atau KLIA. AMIN |
No comments:
Post a Comment