Thursday, October 16, 2014

ACHEH QURBAN TOUR


Peta Provinsi Acheh



Rombongan bergambar kenangan 
di hadapan Masjid Raya Baiturrahman.


Pada  7  - 10 Oktober 2014,  Jemaah Masjid Al Rahman Angkasapuri Kuala Lumpur.telah berjaya menganjurkan Program  Ziarah dan Qurban di bumi Acheh,  Indonesia. Seramai 35 perserta telah menyertai program ini termasuk saya. Saya telah lama berminat untuk menyertainya cuma baru kali ini ada kesempatan.

Bumi Acheh telah dibadai tsunami yang dahsyat pada tanggal 26 Disember 2004. Pusat gempa di luar pantai sebelah barat Acheh yang berukuran 9.6 di skala Ritcher telah menyebabkan kehilangan melebihi 220,000 jiwa, tumbuhan-tumbuhan dan harta benda penduduk. Pada tarikh lawatan kami hampir genaplah 10 tahun tragedi itu berlaku, bumi Acheh telah memulakan penghidupan baru walaupun amat sukar dilupakan dan masih dalam trauma.

Kami dibawa melawat beberapa kawasan terlibat dan sempat merakamkan tinggalan-tinggalannya. Kami juga dengan penuh keinsafan telah menghulur bantuan kepada masjid-masjid, pasantren, orang-orang kampung dan individu-individu yang terselamat dari bencana itu. Acara kemuncak ialah melakukan qurban 4 ekor lembu di Kg. Gurah dan Pasantren Hidayatullah.


Kesan-kesan tsunami

Bot tersadai dibumbung rumah di Kg Lampung. 
Bot inilah diceritakan telah menyelamat 49 jiwa dari 
hampir lemas kerana terperangkap 
di dalam rumah-rumah berhampiran itu



Merakam kenangan di sini. 
Kawasan ini dijadikan monument untuk tarikan pelancong.









Di Kampung Gurah

Bergambar kenangan di depan balai ketua kampung.
Kampung ini 100% musnah hanya
5% penduduknya selamat. Kini dibaikpulih
dengan bantuan NGO-NGO termasuk
dari Malaysia.


Lembu-lembu@sapi yang dikorbankan di sini.
 Kami disajikan makan tengah hari bersama penduduknya 
dengan masakan istimewa, gulai kawah campur umbut pisang.
Di Acheh harga daging amat mahal RM40 sekilo.




Kubah yang dihanyutkan tsunami 
ke kampung ini 
sejauh 2km dari masjid asal

Dalam perjalanan sempat melihat 
kereta-kereta mangsa tusnami
Lagi mangsa tsunami helikopter POLISI


Masjid-masjid yang terselamat


Masjid Rahmatullah. 
Masjid ini mengalami kerosakan tapi tidak teruk. 
Dibaikpulih oleh kerajaan Turki , terdapat 
sedikit tempat yang sengaja dibiarkan kerana
memberi peluang untuk orang ramai merderma. 

Masjid Raya Baiturrahman.
Tidak rosak kerana berada dihujung air 
dan lantainya  dibina lebih tinggi dati aras tanah.
Air bertakung dikelilingnya bersama mayat-mayat
dan sisa-sisa runtuhan.  

Merakam potret dihadapan
Masjid Raya Baiturrahman




Masjid Baiturrahim. 
Masjid ini terletak di pinggir pantai masih mampu
bertahan dengan beberapa kerosakan ketika tsunami. 
Bangunan-bangunan lain sekelilingnya 100% musnah.
Kini telah pulih semula dengan bantuan NGO dan 
orang ramai.


Bergambar kenangan dengan muazimnya, 
seorang India,
katanya masuk Islam
 pd tahun 1980.
"The only mamak in Banda Acheh"

Kapal seberat 2600 tan dihanyut tsunami sejauh 5km dari
pelabuhan. Ini kapal pembekal eletrik sekunder ke Banda Acheh. 
Dibawahnya dipercayai ada beberapa rumah dan penghuni-penghuninya sekali.
Sekarang ini dijadikan monument tarikan pelancong di sini.

Rakaman kenangan bersama Leyna
narrator kami di kapal ini, 
,seorang dari mangsa tsunami yang terselamat






Rumah berhampiran kapal yang rosak
 dibadai tsunami






Pemandangan di Ulee Lheue, dekat dengan masjid Baiturrahim.Dari arah laut ini lah gelombang besar setinggi  36m dengan
kelajuan 360km/kmsj membadai kawasan ini 10 tahun dulu
sehingga jadi padang jarak padang tekukur




Perkuburan mangsa tsunami.Seramai 46,860 mayat disemadikan dalam satu lubang,
ada yang tidak sempat dikafan

Begitulah maha dahsyatnya bencana dari Allah untuk menguji kesabaran dan ketabahan 
saudara-saudara kita di bumi Acheh. Sepuluh tahun sudah berlalu, kini mereka dengan penuh tabah membangun semula negeri mereka yang hampir musnah dengan bantuan-bantuan luar dan kerajaan Indonesia.  
Wallahu alan.