KEMBARA KORBAN DI SRI LANKA 2108.
SRI LANKA QURBAN TOUR 2018
Pada 22.8.2018 kami seramai 50 orang dari Qariah Jemaah Masjid Muhammadi Angkasapuri Kuala Lumpur telah melakukan kunjungan dan lawatan ke Trincomalee, Sri Lanka.
Kami disertai sebuah NGO, IAM(Islamic Aid of Malaysia) yang mengendalikan semua aktiviti seperti kurban, projek bekalan air, lawatan dan sumbangan kepada masyarakat Islam di sini, khususnya di Kinniya, Trincomalee.
Sri Lanka, sebuah negara pulau yang terletak di selatan benua kecil India. Luasnya 65,610 km persegi, dua kali lebih kecil dari Semenanjung Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 26 juta orang. Majoriti pendudukannya dari etnik Singhala(Singhalese), Tamil dan lain2. Etnik Singhala ini beragama Buddha, Tamil sebahagian besarnya beragama Hindu, ada yg beragama Islam. Penduduk beragama Islam hanya 10%, sebahagian besar penduduk Islam dari bangsa Tamil dan bangsa Moor atau Berber, menghuni di Trincomalee dan Batticaloa.
Hari Pertama(23.8.2018)
Bertolak dari Kuala Lumpur pada 22.8.2018 sampai di lapangan terbang Bandaranaike, Colombo jam 10.30 malam langsung keTrincomalee dan sempat solat subuh di sebuah masjid di Kinniya.(23.8.2018)
Masjid pertama kami solat subuh di Sri Lanka |
Selepas berehat dan bersarapan kami di bawa ke lokasi korban di sebuah perkampungan dan disertai semua penduduk kampung. Sebanyak 95 ekor lembu, kerbau dan kambing sedia dikorbankan dan terpaksa dilakukan selama 2 hari.
Suasana ditempat korban.
Selepas melakukan korban kami dibawa ke satu petempatan di tengah-tengah sawah yang tenang, aman tapi memilukan. Di sini kami membantu menyediakan juadah makan tengah hari dan dihidangkan nasi beryani dan gulai daging korban yang istimewa dan kelapa muda yang segar.
Selepas makan tengah hari kami dibawa ke tempat membahagi daging korban.
Hari pertama berakhir dengan membahagi daging korban dan lewat petang check in di hotel di Kinniya untuk berehat.
Hari Kedua(24.8.2018)
Kami dibawa ke lokasi yang sama bagi menyelesaikan binatang korban yang masih ada.
Kemudian dibawa dengan bajaj atau tut tut ke kampung-kampung yang dibina projek air telaga hasil dari sumbangan rombongan kami.
Mengunjungi sekolah dan asrama tahfiz perempuan dan anak yatim sambil menyampaikan derma dan sumbangan-sumbangan lain.
Sampai tengah hari kami bersolat Jumaat di sebuah masjid dekat Marble Beach, makan tengah hari di Marble Beach. Jalan jalan di Marble Beach.
Marble Beach |
Sebelah petang bertolak ke Dumbulla, Sirigaya untuk menginap di resort untuk berehat.
Hari ketiga(25.8.2018)
Di Dumbulla, Sirigaya. Selepas sarapan bergambar berlatar belakangkan "Lion Rock", sebuah istana purba di atas bukit yang telah dijadikan kawasan pelancongan.
Kami teruskan perjalanan ke Colombo, sempat shopping di EDEL sebelum check in di Hotel Ramada.
Hari Keempat(26.8.2018)
Selepas check out, kami langsung ke Red Mosque(Masjid Merah) sebuah masjid lama yang dibina dalam tahun 1908 di tengah bandaraya Colombo dan terdapat banyak kedai dan ada sebuah pasar. Kedai-kedai menjual kain dan pakaian, rempah ratus dan keperluan harian.
Kedai-kedai dan pasar.
Selepas shopping se adanya kami dibawa ke Hotel Berjaya meraikan Majlis Sambutan Aidil Adha yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Tamat majlis itu kami langsung ke Lapangan Terbang Bandaranaike untuk pulang ke Malaysia dan selamat mendarat di KLIA jam 6.30 pagi 27.8.2018.
ALHAMDULILLAH MISSION ACCOMPLISHED!
No comments:
Post a Comment