Sunday, April 26, 2015

Kg. LULUT ResQ.


KAMPONG LULUT terletak dalam mukim Kuala Sungai, daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan. Sebuah kampung terpencil di pinggir sungai Lebir, terdapat 52 buah rumah penduduk, sebuah sekolah kebangsaan berasrama, kelinik desa dan sebuah masjid. Kampung ini telah dilanda banjir yang dahsyat pada 24 Disember 2014, bila air sungai Lebir melimpah dan menenggelamkan semua bangunan dan tanam-tanaman.

Kampong Lulut is a remote riverine settlement in Gua Musang, Kelantan comprises 52 houses, a primary school with students' hostel,  a health centre and a mosque. It was worst hit by the flood before the closing of the year 2014 

Di atas rasa keperihatinan dan kemanusiaan yang tinggi bekas2 pelajar Sekolah Men Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah mengambil inisiatif untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kampung berkenaan dan mengambilnya sebagai kampung angkat. Satu Jawatankuasa di bentuk oleh mereka, mendapat sambutan dan sokongan yg amat menggalakan lalu terbentuklah CAKNA ALUMNI FARIS PETRA(CAFP). Setelah mendapat  pelbagai sumbangan dari ahli-ahli, dermawan, tokoh-tokoh korporat mereka berjaya mengumpul dana, barang-barang keperluan semasa, kepakaran dan anggota sukarelawan. Misi pertama dilakukan pada 31 Jan hingga 2 Feb. 2015 dan misi kedua pula pada 3 dan 4 April 2015

Ex students of Tengku Muhammad Faris Petra Secondary Science School took the pain and  to organize The Rescue Team to help the victims. They obtained good supports from ex students, individuals and corporates in form of funds, food and clothings, expertise and volunteers. First mission commenced from 31 January until 2 February 2015 and followed by the second mission, 3rd and 4th of April 2015.

    Misi pertama melibatkan kerja membersih kawasan dan bangunan, membaiki kerosakan, membina khemah sementara dan memberi bantuan kewangan, barangan makanan dan pakaian dan alatan sekolah. Misi kedua pula jamuan perdana bersama penduduk kampung, memberi bantuan kewangan, alatan sekolah dan kelinik desa dan bantuan anak pisang.

The pioneer mission involved the cleaning of the affected areas, premises, repairing, erecting temporary shelters, distributing food, clothes and cash.  Followed by lunch and dined with the villagers, providing school and health equipment and distributing cash and banana seedlings to the villagers.


Misi pertama (31 Januari - 2 Februari 2015)
                                            First Mission:
Sungai Lebir, Kg Lulut terletak di kiri tebing
(Lulut situated on the left bank) 

Kiri: Sungai Lebir
Kanan: Sungai Nenggiri
Limpahan sungai-sungai ini 
bergabung dan membantai Kg Lulut
(Combination of these tributaries hit the village)

Meninjau kampung-kampung untuk memberi bantuan
(Helping the flood victim)
Kerosakan selepas banjir
(the ruin after the flood)

Asrama sekolah selepas banjir
(School hostel after the flood)

Sekolah Kebangsaan
(The primary school)


Selepas dilanda banjir
(after flood)

Membaiki kerosakan
(repairing)

Membantu mangsa
(Helping the victims)


Masjid Kg Lulut
(the local mosque)

Membina perteduhan sementara
(Erecting temporary shelter)


Alatan membersih kawasan
(cleaning equipment)
Khemah-khemah sementara
(temporary shelters)



Misi Kedua/Second mission: (3 dan 4 April 2015)
                                                        

Makan besar@ bekwoh bersama penduduk Lulut
Lunch & dinner with the villagers

Bantuan anak pisang untuk mangsa banjir
(banana seedlings for the victims)

Selepas meninjau tanah kosong untuk dijadikan kawasan tanaman bersepadu
(Conforming vacant land for integrated farm)

Berehat selepas menyumbang wang 
pada mangsa banjir di Kg Melar
(Take a rest after distributing cash to victims)

Masjid baru dalam pembinaan bagi menggantikan 
yang lama yang telah rosak akibat banjir
(New mosque under construction to replace the former)
Misi ketiga akan dikemaskinikan
Third mission will be updated

INSYAALLAH




Sunday, November 2, 2014

Tg Balai, Karimun.

Bersantai di Tanjung Balai, 
Karimun, Indonesia

 Cuti Deepavali baru-baru ni, 22 Okt 2014, menyeberang ke sana berasama isteri, adik ipar dan biras. Pergi pun secara kebetulan selepas bertandang ke rumah anak di Pontian, Johor nak bermain dengan cucu. Kesana cuma 2 hari satu malam nak kenal sahaja kerana jadi buah mulut orang di kampungku di Kelantan, terutama shopping sakan. Perjalanan dengan feri dari terminal Feri Kukup, Johor ke sana mengambil masa satu jam. Tambang RM120.00 seorang pergi dan balik(RM100.00 harga tiket + RM20 cukai pendaratan).
 Kami menginap di hotel Paragon, sewa bilik bertaraf deluxe double termasuk apa-apa caj dan cukai hanya 270,000 rupiah = RM 73.00 untuk satu malam), kira ok lah.

Tanjung Balai merupakan sebuah pekan bagi kabupaten Karimun di dalam provinsi Riau, Indonesia. Berjalan-jalan dan shopping hanya cukup satu hari kerana hanya kedai-kedai dekat-dekat, jualan secara borong(kodian) dan runcit, kebanyakannya tekstil dan pakaian. Hotel penginapan berhampiran, keluar saja pintu hotel dan nampak kedai-kedai berhampiran. Kebanyakannya dimilikki bangsa Cina, manakala pembantu-pembantunya orang tempatan dan dari daerah -daerah lain.

Untuk bergerak kesana sini tidak susah kerana kedai berhampiran. Pengangkutan awam atau tut-tut banyak, dengan bayaran hanya 4,000 rupiah(RM1.00) seorang, anda boleh pergi kemana sahaja yang anda
suka.

Makanannya boleh tahan sedapnya dengan harga berpatutan tanpa keraguan halalnya kerana dikendalikan oleh orang Islam tempatan. Yang bezanya hanyalah selera kita dengan masakan tempatan.


Lokasi Pulau Karimun dikalangan pulau-pulau berhampiran

Lokasi dan link Tanjong Balai, Karimun




Terminal Feri Kukup.
Terminal Feri Tanjong Balai







Pusat perniagaan Tanjong Balai, Karimun.



Penjual jalanan dengan cincin
dan batu permata,
batu permata tiruan(JJ).
Dalam sebuah kedai tekstil dan pakaian b
anyak varieti, boleh didapati secara
borong(sekoran) atau runcit
Pengangkutan awam atau tut-tut banyak. 
Sekali tunggang hanya
4000 rupiah = RM1.00
Tapak pasar malam 
beroperasi tiap-tiap malam


Jenis makanan tempatan

Satay, sup dan pecal tempatan

Satu kepuasan datang ke sini? 
Hanya hati sendiri yang boleh jawab, datanglah sendiri!
Bagiku sederhana sahaja, setakat datang nak kenal ok lah, nak cari sebenar-benar kepuasan atau nak shopping sakan, di sini bukanlah tempatnya tapi tidak rugi berkunjung.

Satisfied to be here? 
Come and experience it on your own. To me it is okay but not the right place for real satisfaction and shopping


The second visit 24 and 25 December 2016 

   Photos shown the new development, for tourist attraction, the several miles long pedestrian mall along the coastline. Still under construction and said to be completed in 5 years time.


Nasi Padang Restaurant






























Thursday, October 16, 2014

ACHEH QURBAN TOUR


Peta Provinsi Acheh



Rombongan bergambar kenangan 
di hadapan Masjid Raya Baiturrahman.


Pada  7  - 10 Oktober 2014,  Jemaah Masjid Al Rahman Angkasapuri Kuala Lumpur.telah berjaya menganjurkan Program  Ziarah dan Qurban di bumi Acheh,  Indonesia. Seramai 35 perserta telah menyertai program ini termasuk saya. Saya telah lama berminat untuk menyertainya cuma baru kali ini ada kesempatan.

Bumi Acheh telah dibadai tsunami yang dahsyat pada tanggal 26 Disember 2004. Pusat gempa di luar pantai sebelah barat Acheh yang berukuran 9.6 di skala Ritcher telah menyebabkan kehilangan melebihi 220,000 jiwa, tumbuhan-tumbuhan dan harta benda penduduk. Pada tarikh lawatan kami hampir genaplah 10 tahun tragedi itu berlaku, bumi Acheh telah memulakan penghidupan baru walaupun amat sukar dilupakan dan masih dalam trauma.

Kami dibawa melawat beberapa kawasan terlibat dan sempat merakamkan tinggalan-tinggalannya. Kami juga dengan penuh keinsafan telah menghulur bantuan kepada masjid-masjid, pasantren, orang-orang kampung dan individu-individu yang terselamat dari bencana itu. Acara kemuncak ialah melakukan qurban 4 ekor lembu di Kg. Gurah dan Pasantren Hidayatullah.


Kesan-kesan tsunami

Bot tersadai dibumbung rumah di Kg Lampung. 
Bot inilah diceritakan telah menyelamat 49 jiwa dari 
hampir lemas kerana terperangkap 
di dalam rumah-rumah berhampiran itu



Merakam kenangan di sini. 
Kawasan ini dijadikan monument untuk tarikan pelancong.









Di Kampung Gurah

Bergambar kenangan di depan balai ketua kampung.
Kampung ini 100% musnah hanya
5% penduduknya selamat. Kini dibaikpulih
dengan bantuan NGO-NGO termasuk
dari Malaysia.


Lembu-lembu@sapi yang dikorbankan di sini.
 Kami disajikan makan tengah hari bersama penduduknya 
dengan masakan istimewa, gulai kawah campur umbut pisang.
Di Acheh harga daging amat mahal RM40 sekilo.




Kubah yang dihanyutkan tsunami 
ke kampung ini 
sejauh 2km dari masjid asal

Dalam perjalanan sempat melihat 
kereta-kereta mangsa tusnami
Lagi mangsa tsunami helikopter POLISI


Masjid-masjid yang terselamat


Masjid Rahmatullah. 
Masjid ini mengalami kerosakan tapi tidak teruk. 
Dibaikpulih oleh kerajaan Turki , terdapat 
sedikit tempat yang sengaja dibiarkan kerana
memberi peluang untuk orang ramai merderma. 

Masjid Raya Baiturrahman.
Tidak rosak kerana berada dihujung air 
dan lantainya  dibina lebih tinggi dati aras tanah.
Air bertakung dikelilingnya bersama mayat-mayat
dan sisa-sisa runtuhan.  

Merakam potret dihadapan
Masjid Raya Baiturrahman




Masjid Baiturrahim. 
Masjid ini terletak di pinggir pantai masih mampu
bertahan dengan beberapa kerosakan ketika tsunami. 
Bangunan-bangunan lain sekelilingnya 100% musnah.
Kini telah pulih semula dengan bantuan NGO dan 
orang ramai.


Bergambar kenangan dengan muazimnya, 
seorang India,
katanya masuk Islam
 pd tahun 1980.
"The only mamak in Banda Acheh"

Kapal seberat 2600 tan dihanyut tsunami sejauh 5km dari
pelabuhan. Ini kapal pembekal eletrik sekunder ke Banda Acheh. 
Dibawahnya dipercayai ada beberapa rumah dan penghuni-penghuninya sekali.
Sekarang ini dijadikan monument tarikan pelancong di sini.

Rakaman kenangan bersama Leyna
narrator kami di kapal ini, 
,seorang dari mangsa tsunami yang terselamat






Rumah berhampiran kapal yang rosak
 dibadai tsunami






Pemandangan di Ulee Lheue, dekat dengan masjid Baiturrahim.Dari arah laut ini lah gelombang besar setinggi  36m dengan
kelajuan 360km/kmsj membadai kawasan ini 10 tahun dulu
sehingga jadi padang jarak padang tekukur




Perkuburan mangsa tsunami.Seramai 46,860 mayat disemadikan dalam satu lubang,
ada yang tidak sempat dikafan

Begitulah maha dahsyatnya bencana dari Allah untuk menguji kesabaran dan ketabahan 
saudara-saudara kita di bumi Acheh. Sepuluh tahun sudah berlalu, kini mereka dengan penuh tabah membangun semula negeri mereka yang hampir musnah dengan bantuan-bantuan luar dan kerajaan Indonesia.  
Wallahu alan.