BAZAAR TOK GURU.
TOK GURU BAZAAR
Satu lagi mercu tanda di Kota Bharu Bandaraya Islam, lambang pembangunan dan keperihatinan kerajaan negeri Kelantan. Terletak di Jalan Sultan Ibrahim, tengah Bandaraya Kota Bharu BRI. Terdapat 364 gerai jualan disediakan untuk peniaga-peniaga kecil. Pelbagai barangan terutamanya beraneka jenis pakaian dengan menawarkan harga yang amat berpatutan. Kedudukannya yang amat strategik menjadikannya tarikan pembeli-pembeli tempatan dan pelancong-pelancong selain dari Pasar Siti Khadijah. Perniagaan baru sahaja dimulakan pada 1 Julai 2011 yang lepas, hanya beberapa gerai didudukki di aras 1, manakala aras 2 dan 3 masih kosong tapi dikhabarkan sudah terjual. Sebahagian besar peniaga-peniaga adalah yang ditempatkan semula dari pasar lama MPKB.
Another landmark and a symbol of development of the state government in the middle of Kota Bharu, the Islamic City. Situated at Jalan Sultan Ibrahim, it comprises 364 stalls for petty traders. It offers various goods especially clothes and textile products at a very reasonable price. It strategic location attracts local purchasers and tourists. It starts business since 1st of July, but only few stall occupied. The 2nd and 3rd floor are still unoccupied but have been sold.
Pandangan di antara jalan yang menghubungi Jalan Sultan Ibrahim dan Jalan Mahmood, berhampiran dengan Dewan Jubli Perak dan Perpustakaan Awam negeri Kelantan.
A view from Jalan Sultan Ibrahim linking Jalan Mahmood, adjacent to
Silver Jubilee Hall and opposite to State Public Library.
Silver Jubilee Hall and opposite to State Public Library.
A closer view
The first floor, the pass by between the stalls
Lifts ascending and descending 1st, 2nd and 3rd floor
Occupied and unoccupied stalls
A view from Jalan Sultan Ibrahim
Vendors arranging goods and awaiting customers
Unoccupied stalls at the 3rd floor
Unoccupied stalls but sold
The basement for car parks
Dalam kunjungan saya pada 20 Julai 2011, sambil mengunjungi Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho dan Pameran Tamaddun Islam, didapati hanya sebahagian kecil gerai di aras 1 didudukki. Masih banyak yang belum didudukki manakala di aras 2 dan 3 semua gerai masih belum didudukki, tapi ada tampalan "sold" pada sebahagian gerai-gerai. Luas gerai di aras 1 hanya 6 x 8 kali atau 48 kaki persegi kelihatan sempit dan kurang selesa bagi peniaga-peniaga. Keadaan rasa tidak merimaskan kerana pintu keluar masuk dari pelbagai penjuru dan aliran keluar masuk angin (ventilation) bebas. Walaumacamanapun mereka terpaksa terima kerana rezeki mereka bergantung sepenuhnya pada hasil jualan yang memerlukan tempat seumpama itu setelah bertahun-tahun berniaga di Pasar lama MPKB.
Harga yang dikenakan pun dikatakan mahal, terpaksa pula meminjam dari bank kerana tiada banyak modal untuk memilikkinya secara tunai. Yang kurang enak didengar peniaga-peniaga ini telah diberi kata dua, gerai-gerai yang tidak dimilikki akan dijual kepada 'orang lain' yang bersedia membelinya secara tunai dengan harga yang lebih tinggi dari yang ditawarkan.
Saya mendapat penerangan ringkas dari salah seorang peniaga mengapa ruangan jadi sempit,
(6 X 8) kaki persegi, ruang di Pasar Lama MPKB luas sedikit. Pada mulanya di awal perancangan ialah bagi menempatkan semua peniaga di Pasar Lama MPKB sahaja dengan setiap satu gerai seluas (12 x 12) kaki persegi, tetapi peniaga-peniaga dari Arked UDA memohon untuk ditempatkan sama. Bagi memenuhi keperluan semua peniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked UDA terpaksa diubahsuai dengan ruangan jadi sempit sebagaimana sekarang.
Saya harap sekiranya rungutan-rungutan dari peniaga-peniaga diambil kira dan jalan penyelesaian dapat diambil bagi mengambil pendekatan "menang-menang" atau win-win situation. Awaslah musuh sentiasa mengintai peluang untuk mengeruhkan suasana, mencari publisiti murahan dengan berselindung di sebalik slogan "Keadilan dan Pembela rakyat yang teraniaya".

Sekian, terima kasih.
Saya juga sempat berkunjung ke Bazaar Tok Guru semasa Ekspo Makanan Antarabangsa Cheng Ho dan dapat merasai kesempitan ruang berniaga di Aras 1. Pada hemat saya menempatkan peniaga di Aras 1 adalah satu kesilapan kerana Aras 1 lebih baik digunakan sebagai Dewan Legar untuk pameran-pameran tertentu sebagi tarikan ke Bazaar tersebut. Aras 2 adalah lebih selesa.
ReplyDeleteSaya baru pulang dari melawat Padang Besar Perlis dan susunatur Bazaar mereka adalah lebih baik dengan dewan legar yang amat selesa.
Terima kasih banyak Pak Zawi di atas perkongsian anda.
ReplyDelete