Monday, January 21, 2013

JANJI PM KPD KELANTAN: REALITI atau FANTASI



Pada hari Ahad 20 Januari 2013 bersamaan 8 Rabiul Awwal 1434H bertempat di RTC(Rural Transformation Centre) atau Pusat Transformasi Luar Bandar), dulunya TEMAN(Terminal Makanan Nasional), Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib mengumumkan atau menjanjikan TUJUH projek besar akan dilaksanakan bagi memajukan Kelantan, SEKIRANYA BN DIBERI MANDAT PADA PRU 13.

"Ambo sebut 7 perkara ini dan sebahagian sahaja daripada manifesto, tidak lengkap lagi ambo nak simpan, nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain, ambo simpan modal", katanya.(BH 21.2.2013 ms 2) Majlis itu dilaporkan dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang??????

7 projek tersebut ialah:

1. Membina Lebuh Raya Kuala Krai - Kota Bharu.
2. Membina masjid terbesar dengan kos RM50 juta sebagai ikon.(sekiranya diizinkan Sultan)
3. Membina 3,000 unit Program Perumahan Rakyat.
4. Membina kampus bandar UiTM memuatkan 5,000 penuntut.
5. Mengadakan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu.
6. Membina stadium baru
7. Menangani masalah air.

Banyak lagi projek-projek lain akan diumumkan dari masa ke semasa, jika dirujuk kepada "quote" di atas.

Yang menjadi persoalannya, pengumuman @ janji di atas itu sebagai realiti atau fantasi bagi rakyat Kelantan? Pada pendapat ambo sama-samalah kita meneliti berikut untuk membuat kesimpulan.

Pada awal lagi Kelantan diterajui kerajaan PAS semenjak tahun 1957 hingga 1977.  Kerajaan BN ambil alih selama 12 tahun dari 1978 hingga 1990 dan dikuasai semula oleh PAS mulai 1990 hingga sekarang, dah lebih dua dekad.

Selama dalam pemerintahan PAS pada pengamatan ambo ada juga pembangunan sepadan dengan kedudukan ekonominya, tidak bolehlah nak dibandingkan dengan negeri2 maju yang lain spt Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Johor kerana negeri2 tu kaya raya.  Kelantan membangun secara perlahan dan konsisten, dapat jugak peruntukan daripada kerajaan persekutuan walaupun secara berperingkat-peringkat kekadang lambat. Kerajaan PAS terpaksa berbelanja sendiri dari kandi kewangan yang amat terhad bagi mengadakan infrastruktur, yang boleh dilihat ialah Jambatan Sultan Yahya Petra, yang sebelum siapnya mendapat ejekan dan flyover di Pasir Mas.

Program2 berbentuk pembinaan insan, pembentukan peribadi dan pemantapan minda dilaksanakan bagi yang berasaskan nilai-nilai agama bagi mengimbangi pembangunan both fizikal dan minda.

Kerajaan Persekutuan membina infrastruktur seperti jalan persekutuan, kompleks perikanan, rumah murah di bawah Jabatan Perumahan Negara, bangunan-bangunan kerajaan persekutuan, RTC dan banyak lagi sebagai tanggungjawabnya.

Pengumuman @ janji diatas diselaputi pelbagai keraguan:

 Projek-projek di atas hanya akan dilaksanakan bila BN memang! Sesuatu yang amat mustahil dengan situasi politik semasa, mengapa nanti BN menang dulu, Kelantan ini bukan salah satu negeri di Malaysia kah? Kemana pulak cukai2 kepada kerajaan persekutuan yang di bayar oleh orang Kelantan? Di mana tanggungjawab kerajaan pusat yang sepatutnya "to satisfy tax payers". Beberapa projek telah diulangi pengumumannya berapa kali bila saja menjelang pilihan raya tak kira PRU ke PRK. Di Padang Bandaran Machang sebelum PRU 12 pun PM dah buat pengumuman beberapa projek yang sama. Beberapa projek tergendala atau tertangguh pelaksanaannya.

Sebagai rakyat Kelantan, dengan pengumuman @ janji, ambo SUKA, BERHARAP dan BIMBANG, bimbang yang berpanjangan sehingga jadi takut.

SUKA kerana akan ada pembangunan.

BERHARAP PM akan tunaikan janji dengan slogan "Janji ditepati"

BIMBANG > Takut hanya tinggal janji, omong kosong dan banyak dosa pulak.

Kalau 7 projek dijanjikan, ada pula sebahagiannya 7 perkara yang masih belum tunai atau sempurna sehingga kini, kata orang tua-tua "Anak masih belum boleh berdiri lagi dah nak dapat yang lain pulak".:

1. Benteng Sg Golok bagi mengelakan banjir, Thailand sudah siap bina, banjir berlaku di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.

2. Pemberian status Lapangan Terbang Antarabangsa kepada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tidak diberi hingga kini.

3. Kemudahan pelabuhan sebagai pemangkin ekonomi hingga kini tidak diberi.

4. Pendaratan gas dan petroleum di Kelantan tidak dilaksanakan.

5. Lebuh Raya K. Krai - Kota Bharu belum dilaksanakan walaupun telah diluluskan dalam RMK 5(1986 - 1990) lagi.

6. Pemberian royalti tidak pada Kelantan, hanya di Kelantan ada Jawatankuasa Khas bagi melengah-lengahkan pemberian, Trengganu dapat royalti, Pahang hasil belum ada lagi dah cadang nak bagi royalti.

7. Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra hingga kini belum siap sepatutnya sudah siap pada Disember 2009 lagi.

Pembangunan2 seumpama yang diumumkan jika dibuat tanpa kalimah "Jika BN menang", tanpa diungkit2 dan dibuat secara konsistens mengikut hak rasanya baru lah Rakyat Kelantan merasai bersama pembangunan dan besar kemungkinan BN boleh tawan semula Kelantan. Jika masih lagi macam dulu, tak ubah sperti budak2 bergaduh sampai bila BN akan kempunan.

Terima kasih PM.


Wallahu alan..













No comments:

Post a Comment