Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang sepanjang 2 km ini diluluskan pembinaannya dalam RMK ke 9, sepatutnya dimulakan pembinaanya pada tahun 2007 dan siap pada Disember 2009. Punca-punca kelewatannya mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011:
1. Pelantikan kontraktor-kontraktor yang tidak berpengelaman.
2. Reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa selama 2 tahun
3. Kelewatan pembinaan kerja-kerja dalam sungai.
Kos asalnya RM143 juta, kerana kelewatan dan kos-kos yang berkaitan, telah meningkat sebanyak RM34.76 juta kepada RM177.6 juta.
Mengikut Pengarah JPP(Jabatan Pembangunan Persekutuan) Jambatan ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2013 dan akan dibuka kepada pengguna sebelum Tahun Baru Cina(10 Feb. 2013)?????? Buat permulaannya hanya satu lorong dari empat lorong digunakan terlebih dulu.
Di bawah ini ditunjukkan gambar-gambar kedudukan terkini projek tersebut(23 Jan. 2013), cuma 8 bulan lagi!!!!
Dilihat dari Jalan Sultanah Zainab, kanan ke Pasir Pekan, kiri ke Bandar Kota Bharu melalui KB Mall. |
Di atas Jambatan lama arah ke Pasir Pekan, kiri dan kanan Jambatan baru yang masih dalam pembinaan |
Di tebing sebelah Pasir Pekan, Tumpat, sebelah kanan dalam pembinaan |
Atas jambatan lama dari Pasir Pekan ke Kota Bharu. |
Mula dari tebing sungai sebelah Kota Bharu -Pasir Pekan, Tumpat, dilihat dari arah Lembah Sireh, depan Pusat Latihan Masterskill. Manakala di sebelah hilir dari KB-P.Pekan sudah siap |
Sebahagian dari jambatan dilihat dari Lembah Sireh, dekat TESCO |
Laluan bawah jambatan, sebelah kirinya Kompleks KB Mall |
Laluan dilihat di Jalan Sultan Yahya Petra dari arah matahari naik ke arah matahari jatuh |
Arah sama dengan gambar diatas, cuma dilihar dari bawah sikit, lebih hampir dengan Maybank |
Hanya 8 bulan lagi ke tarikh siap sepenuhnya, Jambatan ini sebagai kenyataan atau impian. Akibat lewat kos telah meningkat sebanyak RM34.76 juta, duit rakyat. Sebanyak itu sebuah sekolah menengah yang lengkap dengan pasarana boleh disiapkan. Rakyat Kelantan telah tahu apa cerita di sebaliknya tapi gendang penipuan masih lagi dipalu. Kini datang pula janji 7 projek untuk orang Kelate. HMMM apa nak jadi ni? Bersabarlah adik kakak weh kalu pitih dok ditangan orang macam nilah, tak kira pitih orang lain ke, pitih yang diamanah ke lebih2 lagi duit sendiri macam lah duit sendiri.
Assaamualaikum Cikgu. Seronok baca blog cikgu...
ReplyDeleteTerima kasih
Delete