Monday, July 25, 2011

PAMERAN TAMADUN ISLAM 2011


PAMERAN TAMADUN ISLAM 2011
telah diadakan pada 7 Julai hingga 24 Julai bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB
dan Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan

Di pameran tersebut telah didedahkan kepada pelawat-pelawat beberapa ciri, perkara dan alatan yang berkaitan dengan kebangkitan dan perkembangan, sains dan kepahlawan Islam. Berikut adalah beberapa foto yang sempat saya rakam semasa kunjungan ke pameran tersebut.

ISLAM CIVILIZATION EXHIBITION 2011
was held on 7 - 24 July 2011.
Venue: Kota Bharu City Council Silver Jubilee Hall and Traditional Arts Court Centre
To expose and exhibit the rising and development of Islam in all fields.


Iklan pameran di pintu masuk Dewan Jubli Perak MPKB
The advertisement at the entrance


Kereta kuda sekadar hiasan dengan iklan di pintu masuk Dewan Jubli Perak MPKB
The advertisement and the old carriage


Pengarang (saya) bergambar di pintu masuk Dewan pameran
Myself at the entrance



Alatan ukur masa dan astronomi
Astronomical equipment


Lagi alatan astronomi
Another astronomical equipment


Alatan bedah dan pengubatan Ibnu Sina, bapa perubatan Islam
Ibnu Sina's(Avencina's), surgical equipment

Beberapa nashkah al Qur'an tulisan tangan
Some of the hand written Al Qur'an


Al Qur'an tulisan tangan
A hand written Al Qur'an

Tempat membakar kemenyan
An incense burner


Pelbagai koleksi individu
Varieties of personal collection

Pedang zaman Kerajaan Islam Monggol kurun ke 16
The 16th century Mongol sword during Islamic reign

Pedang Amru al 'As.
Amru al 'As salah seorang sahabat Rasulallah, pendakwah dan pahlawan Islam,
dilantik sebagai 'amir(gabenor) Mesir.

Amru al 'As's sword.

He was one of the Prophet's companion, Islam missionary and warrior
and once a governor of Egypt

Pedang zaman kerajaan Islam Othmaniah kurun ke 17
The 17th century Ottoman sword

Baju perang Bugis pada abad ke 19.
The 19th century Bugis armored suit


Baju perang Moro pada abad ke 19
The 19th century Moro armored suit


Pelbagai alatan dan kelengkapan perang
Various war equipment


PERLAWANAN DAN PEPERANGAN DALAM ISLAM
FIGHTING AND WAR IN ISLAM

Perlawanan dan peperangan dibenarkan dalam Islam sekiranya tiada jalan lain atau jalan perdamaian gagal dicapai.
Islam permits fighting and war only as the last resort

Perlawanan dibenarkan
Islam permits fighting

1. untuk mempertahankan diri
self defense

2. mempertahankan agama
in defense in one's faith

3, mempertahankan hak-hak asasi sekiranya dicerobohi
in defensc own's basic rights have been violated

Islam membenarkan peperangan:
Islam permits war:

1. mempertahankan diri
self defense

2. negara Islam lain di serang negara lain
when other nations have attacked on Islamic states

3. penduduk Islam ditindas di negara berkenaan
if another state is oppressing it's own Muslims

Perlawanan dan peperangan hendaklah dilakukan secara berikut;
Fighting and war should be conducted as follow;

1. secara berdisiplin
disciplined manner

2. elak dari mencederakan orang awam
avoid injuring non combatants

3. diharamkan merosakkan tanaman, pokok, binatang ternakan dan rumah ibadat.
prohibition against destroying crops, trees, livestocks and premises of worship.

4. minimumkan tekanan
minimize necessary force

5. tanpa sebarang kemarahan
without anger

6. layan tawanan perang sebaik-baiknya
with human treatment towards prisoners of war

Sekian Treima Kasih.

Wednesday, July 20, 2011

BAZAAR TOK GURU


BAZAAR TOK GURU.


TOK GURU BAZAAR

Satu lagi mercu tanda di Kota Bharu Bandaraya Islam, lambang pembangunan dan keperihatinan kerajaan negeri Kelantan. Terletak di Jalan Sultan Ibrahim, tengah Bandaraya Kota Bharu BRI. Terdapat 364 gerai jualan disediakan untuk peniaga-peniaga kecil. Pelbagai barangan terutamanya beraneka jenis pakaian dengan menawarkan harga yang amat berpatutan. Kedudukannya yang amat strategik menjadikannya tarikan pembeli-pembeli tempatan dan pelancong-pelancong selain dari Pasar Siti Khadijah. Perniagaan baru sahaja dimulakan pada 1 Julai 2011 yang lepas, hanya beberapa gerai didudukki di aras 1, manakala aras 2 dan 3 masih kosong tapi dikhabarkan sudah terjual. Sebahagian besar peniaga-peniaga adalah yang ditempatkan semula dari pasar lama MPKB.

Another landmark and a symbol of development of the state government in the middle of Kota Bharu, the Islamic City. Situated at Jalan Sultan Ibrahim, it comprises 364 stalls for petty traders. It offers various goods especially clothes and textile products at a very reasonable price. It strategic location attracts local purchasers and tourists. It starts business since 1st of July, but only few stall occupied. The 2nd and 3rd floor are still unoccupied but have been sold.


Pandangan di antara jalan yang menghubungi Jalan Sultan Ibrahim dan Jalan Mahmood, berhampiran dengan Dewan Jubli Perak dan Perpustakaan Awam negeri Kelantan.
A view from Jalan Sultan Ibrahim linking Jalan Mahmood, adjacent to
Silver Jubilee Hall and opposite to State Public Library.


Pandangan lebih hampir dari arah yang sama
A closer view


Pandangan di aras 1, laluan antara gerai-gerai
The first floor, the pass by between the stalls


Lift dari aras 1 hingga aras 3
Lifts ascending and descending 1st, 2nd and 3rd floor


Gerai-gerai di aras 1, yang sedang dan masih belum menjalankan perniagaan.
Occupied and unoccupied stalls

Pandangan dari Jalan Sultan Ibrahim
A view from Jalan Sultan Ibrahim

Peniaga di aras 1 mengemaskan barang jualan sambil menunggu pelanggan.
Vendors arranging goods and awaiting customers


Aras 3, gerai-gerai jualan dan makanan yang masih belum didudukki
Unoccupied stalls at the 3rd floor

Gerai-gerai di aras 2 yang masih belum didudukki tetapi sudah habis dijual.
Unoccupied stalls but sold

Basement untuk parkir kenderaan.
The basement for car parks

Dalam kunjungan saya pada 20 Julai 2011, sambil mengunjungi Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho dan Pameran Tamaddun Islam, didapati hanya sebahagian kecil gerai di aras 1 didudukki. Masih banyak yang belum didudukki manakala di aras 2 dan 3 semua gerai masih belum didudukki, tapi ada tampalan "sold" pada sebahagian gerai-gerai. Luas gerai di aras 1 hanya 6 x 8 kali atau 48 kaki persegi kelihatan sempit dan kurang selesa bagi peniaga-peniaga. Keadaan rasa tidak merimaskan kerana pintu keluar masuk dari pelbagai penjuru dan aliran keluar masuk angin (ventilation) bebas. Walaumacamanapun mereka terpaksa terima kerana rezeki mereka bergantung sepenuhnya pada hasil jualan yang memerlukan tempat seumpama itu setelah bertahun-tahun berniaga di Pasar lama MPKB.

Harga yang dikenakan pun dikatakan mahal, terpaksa pula meminjam dari bank kerana tiada banyak modal untuk memilikkinya secara tunai. Yang kurang enak didengar peniaga-peniaga ini telah diberi kata dua, gerai-gerai yang tidak dimilikki akan dijual kepada 'orang lain' yang bersedia membelinya secara tunai dengan harga yang lebih tinggi dari yang ditawarkan.

Saya mendapat penerangan ringkas dari salah seorang peniaga mengapa ruangan jadi sempit,
(6 X 8) kaki persegi, ruang di Pasar Lama MPKB luas sedikit. Pada mulanya di awal perancangan ialah bagi menempatkan semua peniaga di Pasar Lama MPKB sahaja dengan setiap satu gerai seluas (12 x 12) kaki persegi, tetapi peniaga-peniaga dari Arked UDA memohon untuk ditempatkan sama. Bagi memenuhi keperluan semua peniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked UDA terpaksa diubahsuai dengan ruangan jadi sempit sebagaimana sekarang.

Saya harap sekiranya rungutan-rungutan dari peniaga-peniaga diambil kira dan jalan penyelesaian dapat diambil bagi mengambil pendekatan "menang-menang" atau win-win situation. Awaslah musuh sentiasa mengintai peluang untuk mengeruhkan suasana, mencari publisiti murahan dengan berselindung di sebalik slogan "Keadilan dan Pembela rakyat yang teraniaya".

Sekian, terima kasih.

Sunday, July 17, 2011

KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 2011


PESTA MAKANAN ANTARABANGSA KELANTAN CHENG HO
(KELCHEF 2011)

14 hingga 23 Julai 2011 bertempat di bersebelahan Bazaar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan

THE KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL
(KELCHEF 2011)

14 - 23 July, Kota Bharu, Kelantan


Makanan tradisional tulen Kelantan
Authentic Kelantan traditional delicacies and specialities


Demonstrasi ukiran buah-buahan oleh Chef Ismail.
Fruits carving demonstration

Urusetia sedang bertugas
The secretariat


Peserta dan masakan istimewa dari Pattani, Thailand
The participant and specialty from Pattani, Thailand


Menyedia Mee Lamir dari Xinjiang, China
Participants from Xinjiang, China are preparing their specialty
the Lamir noodles


Roti nan, peserta dari China, juga dari wilayah Xinjiang
Baking and preparing "Nan Bread"


Hidangan istimewa dari Kampuchea.
A special delicacy from Cambodia


Apa yang unik tu, keropok lekor jah
What so special about the name, it is only fish sausage


Peserta Muslim dari Bangkok dengan hidangan istimewa, pulut mangga
A Bangkok Muslim and the specialty, glutinous rice with mango

Nasi kerabu lima 'cahaya' dari Thailand Selatan
Five coloured "nasi kerabu" from Southern Thailand


Pelbagai jenis teh dari China
Variety of tea from China

Pelbagai produk dari negara-negara Arab
Various products from Arab countries

Produk-produk dari Iran dan Timur Tengah
Some products from Iran and the Middle East


Sup istimewa dari Xinjiang, China
Special soup from the Xinjiang Province, China

Gerai UNIC paling popular di kalangan remaja, mengesan penyakit
melalui sentuhan dan bacaan ayat2 al qur'an
The most popular among the teenage customer, the UNIC stall,
one can detect illness through skin contact and reciting few verses of al Qur'an.

Demonstrasi ukiran ais
Ice carving demonstration


Hasil ukiran ais
Ice carving, the finishing

Dinar dan Dirham diterima
Dinar and Dirham is acceptable


Senjata tradisional Melayu dan barangan tembikar pameran dan jualan
Traditional Malay weapons and pottery, exhibition and for sale


.
*********************************************************************

PESTA MAKANAN ANTARABANGSA KELANTAN CHENG HO (KELCHEF 2011)

1. Membuka peluang kepada usahawan tempatan dan antarabangsa mengembangkan perniagaan masing-masing

2. Fokus kepada pemasaran pelbagai produk makanan, minuman dan perkhidmatan dengan membawa masuk pemilik industri berkenaan dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dan berdagang pada pesta tersebut.

3. Sebagai platform kepada kerajaan negeri dalam menggalakkan rakyat khususnya di negeri ini terbabit dalam perniagaan dan dapat mengurangkan pengangguran dan usaha kerajaan negeri menunjukkan kepelbagaian makanan yang ada di Kelantan.

4. Moto "Nikmati Masakan Antarabangsa" memperkenalkan makanan tempatan dan antarabangsa, pengusaha tempatan ambil peluang secara usahasama atau idea daripada pembabitan pengusaha-pengusaha dari luar negara.


THE KELANTAN CHENG HO INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL (KELCHEF 2011)

1. Opportunity for local and foreign entrepreneurs to expand their trades.

2. Focus on marketing of various food, beverages and services, to bring in the traders and entrepreneurs to participate, to interact and to trade in the festival.

3. As a platform for the state government to encourage the local people to get involve in trade in order to curb unemployment and to reveal the various delicacies in Kelantan

4. The motto " Get the taste of international cuisine" is to introduce local and international food delicacies and cuisine and to encourage the local traders to grab the opportunity for join venture or idea from the foreign involvement.


Terima kasih. Thank you
wallahu alam.

Monday, June 13, 2011

AKHIR PIALA FA 2011: TERSURAT DAN TERSIRAT





Perlawanan akhir Piala FA yang menemukan 2 jaguh dari Pantai Timur pada 11 Jun 2011 telah berakhir. Saya bukanlah peminat tegar bola sepak tapi sekadar minat dan penyokong The Red Warriors, pasukan negeri saya. Setinggi-tinggi tahniah kepada skuad Penyu di atas kejayaan merangkul piala berprestij ini dan dapat berkongsi kejayaan kerana kini berada di wilayah ini. Tahniah juga kepada skuad The Red Warriors kerana menunjukkan permainan yang bermutu. Kepada jurulatih Terengganu sdr Irfan Bakti orang Kelantan, begitu komited kepada pasukannya dan cukup bijak mengatur strateji.

Kepada skuad The Red Warriors biarlah kekalahan ini berlalu, pulih dan tingkatkan semangat kalian dan tumpukanlah kepada perlawanan2 Liga Super yang masih tinggal dua perlawanan lagi. Kemenangan seterusnya akan membawa kejayaan yang lebih berprestij lagi selaku juara Liga Super. Kelantan telah memenangi 2 trofi iaitu Piala Raja-Raja dan Piala Sumbangsih, biarlah Piala FA terlepas kepada jiran kita. Kita selaku penyandang Piala Malaysia 2010 dan bakal Juara Liga Super. Merangkul kejayaan-kejayaan yang berprestij satu musim adalah kejayaan yang amat cemerlang. Piala Malaysia 2011 sedia bermestautin di Kelantan setahun lagi. InsyaAllah.

Imbas kepada perlawanan tersebut membuktikan Terengganu tidak luntur semangat meskipun tewas kepada Kelantan dalam perlawanan liga di halaman sendiri 3-0 dan diambang kekalahan pada akhir Piala FA, tapi dengan semangat kental tanpa hiraukan kekecewaan bangkit penuh semangat dan akhirnya beroleh kejayaan. Semangat beginilah yang patut dicontohi oleh semua bukan sahaja di bidang sukan malah dalam semua hal.

Kehadiran Pemimpin tertinggi negara DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mizan seolah2 pembakar semangat juang kepada skuad Terengganu. Kehadiran DYMM Sultan Muhammad V juga sebagai pencetus semangat kepada skuad The Red Warriors. Kedua-dua baginda mewarnai perlawanan akhir ini. Demikian juga dengan kehadiran YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan YAB Menteri Besar Terengganu melupakan sekejap fahaman politik masing-masing, sama-sama memberi sokongan kepada pasukan mereka dengan cara masing-masing.

Perlawanan dramatik seumpama ini berlaku juga di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh dalam EURO 2004 England mendahului Perancis 1-0, dan mendapat penalti pada pertengahan separuh masa kedua tapi gagal disempurnakan oleh David Beckham. Perancis diambang kekalahan manakala England bersiap meraikan kemenangan sehinggalah di minit ke 90 apabila Zinedine Zidane melencongkan bola ke dalam gol England hasil dari tendangan percuma menjadikan kedudukan 1-1. Akhirnya Perancis menang 2-1 bila Perancis mendapat penalti pada masa kecederaan di minit ke 93. Zinedine Zidane tidak sia-siakan peluang ini.

Daudsu yang secara tidak sengaja tertanduk bola ke dalam gol sendiri mengubah situasi ni. Daudsu pemain yang konsisten, tenang dan hebat cuma nasib tidak menyebelahinya. Campaklah jauh-jauh kekecewaan ini dan tumpukan pula pada perlawanan Liga Super. Jaringan gol sendiri adalah kes terpencil dalam usaha menyelamatkan keadaan tapi besar impaknya. Dalam Piala Dunia 1994 Andres Escobar pemain Colombia tersilap jaring gol sendiri yang impaknya, Colombia tersingkir dari pusingan seterusnya dan pemain itu sendiri ditembak mati oleh sindiket judi. Trajidi ini tidak akan berlaku di negara kita kerana peminat2 bola masih beriman! Tidak kedengaran sebarang perkataan yang mengutuk Daudsu apatah lagi melakukan perkara yang mengancam nyawa kerana nyawa seseorang jauh itu lebih berharga dari segala-segalanya. Wallahualam.

Sekian, terima kasih.