Saturday, June 22, 2013

MAKASSAR, City of the Daengs.

"Sekali Layar Terkembang Pantang Biduk Surut Ke Pantai"
  (The above motto simply means Never Retreat)
 Moto keramat bagi Kota Makassar. MAKASSAR  ialah ibu negeri provinsi Sulawesi Selatan(SulSel) dan bandar terbesar di Pulau Sulawesi, Indonesia. Sebuah bandar pelabuhan  dengan keluasan 175.77 km persegi dan jumlah penduduk seramai 1.4 juta jiwa.

Pada 16hb hingga 19 Jun 2013 seramai 30 orang ahli Persatuan Bekas Pengetua Kelantan telah mengadakan lawatan ke bandar ini bertujuan meluaskan pandangan dan mengetahui cara hidup masyarakat di sana. Bandar ini dipanggil Kota Daeng, bagi sebahagian penduduknya bandar ini juga dipanggil "bandar seribu mesjid", berketepatan kerana banyak mesjid dan surau terdapat.

Berikut dipamerkan foto-foto yang sempat saya rakam sepanjang lawatan.


Lokasi Makassar di Pulau Sulawesi
Ahli-ahli rombongan bergambar di depan
Masjid Al Markaz Al Islami Jeneral Jusuf.

Sebahagian anggota rombongan di lobby
Hotel Continent Centre.

Kebetulan majlis pembukaan rasmi hotel berlaku pada hari itu.

















Antara dilawati
Museum Besar(Istana GOWA)


Pintu masuk ke museum




Dalam museum
Gambar seorang dari pemimpin Raja-raja Gowa
.




Makam keluarga keturunan Raja-Raja Gowa


Antara laluan-laluan sempit tapi sibuk yang kami lalui memperlihatkan
bangunan-bangunan lama, kebetulan ada paip bocor di laluan ini.


Antara banyak mesjid yang didapati di dalam bandar.



Antara mesjid-mesjid utama di Makassar




Rumah etnik Toraja
Lagi pemandangan rumah etnik Toraja.


Pantai Losari
Pantai Losari di lewat sore.

Di jeti bot sewaan untuk pusing-pusing 

Posing di waktu rembang
Di pantai sebahagian kami menikmati pisang empek, pisang bakar diimpit dimakan dengan manisan kelapa


Antara kompleks membeli belah utama

Tempat Makan dan sajian

Antara rumah makan yang disinggahi

Daging konro: rusuk lembu@sapi bakar
Daging diperap dengan perapan kuah kacang
dan rasanya seperti sate di makan
dengan kuah sop perasa kacang.


Membantu memasak konro


Cobek-cobek:
Pangiilan khas bagi ayam goreng dan ikan goreng
.

Sepanjang lawatan kami diberi penerangan yang jelas oleh Achok tourist guide dan mendapat kerjasama yang amat memuaskan dari supir-supir.

Komen saya: Sesuai untuk meluangkan masa semasa cuti dan santai-santai, sederhana sahaja, dapat mengenali saudara serumpun terutama etnik Makassar dan Bugis.  Bukan bandar membeli belah yang sesuai.

Sekian
Terima kasih.


Wednesday, May 1, 2013

PRU 13: PERANG POSTER.

PRU 13:
PERANG POSTER, SESUATU YANG BERBALOI ATAU PEMBAZIRAN.

Pilihanraya Umum(PRU) ke 13, 5 Mei 2013 adalah tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, terutama bagi yang layak mengundi. Pertembungan parti-parti pakatan yang dominan seperti Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat(PR) masing-masing berusaha sedaya upaya menarik pengundi-pengundi. Kedua-dua pihak telah mengemukakan manisfesto masing-masing. Pelbagai isu telah dikeluarkan termasuklah yang berunsur sensitif, fitnah, menyentuh peribadi, menjijikan dan menyatakan kelemahan lawan masing-masing.

Saya kurang berminat hendak mengulas isu-isu berkenaan, buat dosa tak tentu pasal aje,  saya lebih berminat dengan perang poster yang semakin rancak. Masing-masing tidak mahu mengalah. Poster BN dari kuantitinya nampaknya lebih  banyak, poster PAS lebih mempamerkan kreativiti yang menarik. Senario masa kini dipenuhi dengan poster-poster yang menarik terutama poster BN dan PAS.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sebagai kenangan.


                                                                    KREATIVI


























































BAYANG-BAYANG

Jalan Anggerik, Taman Uda Murni,KB


Berek 12

Depan Muzium Negeri, Jln Hospital, KB

JAMBATAN

Jambatan Sg Baung arak ke Lapangan Terbang.


Jambatan Tok Guru, Pulau Melaka


Jambatan kampung di Taman Sabariah.


Jambatan merentas Sg. Baung arah ke Kg. Banggol


Jambatan Sultan Yahya Petra


                                                                 Perhiasan umum


Dalam Pasar Kubang Pasu


Berek 12 Jalan Hospital



Cabang 4 Kg. Cherang, KB.






Jalan PCB


Depan Dewan UMNO Kelantan

Perarakan TUKAR

ROUND ABOUT

Bulatan Tuan Padang(Jam Besar), Kota Bharu.

Bulatan Tuan Padang


Bulatan dekat Taman Bandaran Tengku Anis, KB


Bulatan Kg Chempaka, Rambutan Rendang, KB


Bulatan Tuan Padang

"Ini Kali lah" sebuah kata keramat?


Perang poster membazir? Bagi orang neutral dan ahli ekonomi memang membazir, pada pendapat mereka bukan sahaja wang ringgit bahkan masa dan tenaga, kewibawaan calon untuk membawa perubahan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat paling penting. Bagi ahli politik sebaliknya kerana boleh menarik pengundi dan mengukur pengaruh parti masing-masing.

Masa ini paling baik untuk menukarkan pemerintahan di Putrajaya kerana saya tertarik dengan beberapa perkara akan dilaksanakan terutama di Kelantan.

1. Dapat kembalikan Royalti, sebanyak RM12 billion dan 20% royalti setahun dibayar cash!
2. Kelantan akan dapat merasai pembangunan yang seimbang setelah disisihkan sekian lama.
3. Undang-Undang Islam dapat dilaksanakan.
4. Maksiat-maksiat dan perlakuan kurang bermoral akan dapat dihapuskan.
5. Bantuan sekolah agama akan dapat balik.
6. Dan banyak lagi....sila rujuk manifesto PR

Satu pesanan, jangan sekali-kali mengundi calon ini:

1. Berbangga dengan membina masjid tapi tangan yang sama meluluskan lesen arak, judi dan persundalan.

2. Berbangga dengan membuat Bank Islam tapi bergembira dengan amalan riba.

3. Berbangga dengan sedikit ilmu tapi mengutuk alim ulama.

4. Berbangga dengan memberi sedikit bantuan pada rakyat tapi berlumba-lumba mengumpul harta dengan banyak untuk kepentingan diri sendiri.


SELAMAT MENGUNDI!
Pastikan pilihan anda itu tepat.

Keputusan diumumkan oleh SPR pada pukul 1 pagi apabila BN memperolehi 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Keputusan penuh:
BN.... 133 kerusi,
PR....  89 kerusi: DAP (36), PKR(32)dan PAS(21).

Undi mengikut populariti:

Parlimen
PR...5,623,984 undi atau 50.3%
BN...5,237,699 undi atau 46.8%

             PRU 12(2008)               PRU 13(2013)

PR:             82                                     89 (+7)
BN:           140                                   133 (-7)

  DUN
PR.........4,879,699 undi
BN........4,513,997 undi
              PRU 12(2008)                PRU 13(2013)

PR:            161                                    230(+71)
BN:            344                                   275(-71)