Sunday, November 2, 2014

Tg Balai, Karimun.

Bersantai di Tanjung Balai, 
Karimun, Indonesia

 Cuti Deepavali baru-baru ni, 22 Okt 2014, menyeberang ke sana berasama isteri, adik ipar dan biras. Pergi pun secara kebetulan selepas bertandang ke rumah anak di Pontian, Johor nak bermain dengan cucu. Kesana cuma 2 hari satu malam nak kenal sahaja kerana jadi buah mulut orang di kampungku di Kelantan, terutama shopping sakan. Perjalanan dengan feri dari terminal Feri Kukup, Johor ke sana mengambil masa satu jam. Tambang RM120.00 seorang pergi dan balik(RM100.00 harga tiket + RM20 cukai pendaratan).
 Kami menginap di hotel Paragon, sewa bilik bertaraf deluxe double termasuk apa-apa caj dan cukai hanya 270,000 rupiah = RM 73.00 untuk satu malam), kira ok lah.

Tanjung Balai merupakan sebuah pekan bagi kabupaten Karimun di dalam provinsi Riau, Indonesia. Berjalan-jalan dan shopping hanya cukup satu hari kerana hanya kedai-kedai dekat-dekat, jualan secara borong(kodian) dan runcit, kebanyakannya tekstil dan pakaian. Hotel penginapan berhampiran, keluar saja pintu hotel dan nampak kedai-kedai berhampiran. Kebanyakannya dimilikki bangsa Cina, manakala pembantu-pembantunya orang tempatan dan dari daerah -daerah lain.

Untuk bergerak kesana sini tidak susah kerana kedai berhampiran. Pengangkutan awam atau tut-tut banyak, dengan bayaran hanya 4,000 rupiah(RM1.00) seorang, anda boleh pergi kemana sahaja yang anda
suka.

Makanannya boleh tahan sedapnya dengan harga berpatutan tanpa keraguan halalnya kerana dikendalikan oleh orang Islam tempatan. Yang bezanya hanyalah selera kita dengan masakan tempatan.


Lokasi Pulau Karimun dikalangan pulau-pulau berhampiran

Lokasi dan link Tanjong Balai, Karimun




Terminal Feri Kukup.
Terminal Feri Tanjong Balai







Pusat perniagaan Tanjong Balai, Karimun.



Penjual jalanan dengan cincin
dan batu permata,
batu permata tiruan(JJ).
Dalam sebuah kedai tekstil dan pakaian b
anyak varieti, boleh didapati secara
borong(sekoran) atau runcit
Pengangkutan awam atau tut-tut banyak. 
Sekali tunggang hanya
4000 rupiah = RM1.00
Tapak pasar malam 
beroperasi tiap-tiap malam


Jenis makanan tempatan

Satay, sup dan pecal tempatan

Satu kepuasan datang ke sini? 
Hanya hati sendiri yang boleh jawab, datanglah sendiri!
Bagiku sederhana sahaja, setakat datang nak kenal ok lah, nak cari sebenar-benar kepuasan atau nak shopping sakan, di sini bukanlah tempatnya tapi tidak rugi berkunjung.

Satisfied to be here? 
Come and experience it on your own. To me it is okay but not the right place for real satisfaction and shopping


The second visit 24 and 25 December 2016 

   Photos shown the new development, for tourist attraction, the several miles long pedestrian mall along the coastline. Still under construction and said to be completed in 5 years time.


Nasi Padang Restaurant






























2 comments:

  1. salam bang, nmpk menarik tanjung balai nih., ;p

    ReplyDelete
  2. Waalaikum Salaam. Memang menarik dan boleh lah utk jalan2.

    ReplyDelete