Saturday, May 28, 2011

SEGALANYA DI ANGKA 5



Alhamdullillah berbanyak-banyak syukur kepada ALLAH SWT tuhan semesta alam kerana dengan taufik dan hidayahnya yang telah mengurniakan hambanya segala kebaikan di dunia dan insyaAllah di akhirat. Salam dan selawat kepada Rasulallah SAW, keluarga, kaum kerabatnya, para sahabat, seluruh mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat.

Tujuan saya publish post ini adalah sebagai satu cara bagi memperingati dan mengukuhkan pengetahuan, keimanan dan ketaqwaan dalam asas-asas agama yang meliputi aqidah, syariah muamalat dan sosial. Perkara yang akan dibincangkan nanti berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang sedia ada, bacaan dan tafsiran al Qur'an dan kitab-kitab agama, internet serta beberapa kuliah, pengajian dan majlis interaksi agama yang saya ikuti dan dicatat.


Angka 5 dipilih kerana mudah diingati, jari-jari setiap tangan dan kaki ada 5 dan angka ganjil yang di sukai Rasulallah SAW
Saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan-kesilapan. Sebarang teguran, pembetulan dan maklumat amatlah dialu-alukan. Post ini akan sentiasa di edit sekiranya terdapat pembetulan dan penambahan.


SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

******************************************************

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah sahadah

2. Sembahyang/Solat 5 waktu sehari semalam

3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan Haji



5 SEMBAHYANG/SOLAT WAKTU


1. Subuh

2. Zuhur

3. 'Asar
4. Maghrib
5. Isya'


5 CARA MENGETAHUI WAKTU SOLAT BERPANDUKAN MATAHARI

1. Waktu ZOHOR apabila matahari condong ke sebelah barat dan bayang
condong di sebelah timur
2. Waktu ASAR apabila bayang lebih panjang dari pancang asal.
3. Waktu MAGHRIB bila semua bulatan matahari tenggelam.
4. Waktu ISYAK bila hilangnya cahaya merah ditempat matahari jatuh
5. Waktu SUBUH bila terbitnya fajar.



5 HUKUM SYARA'

1. Wajib:
Tuntutan ke atas setiap mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan secara
Qat'ie, sekiranya dibuat dapat pahala, jika tidak buat dapat dosa
.

2. Sunat: Perbuatan yang digalakkan, jika dilakukan dapat pahala, tidak buat tidak berdosa.

3. Harus: Boleh dilakukan, jika baik dapat pahala, jika tidak baik dapat dosa.

4. Makruh:
Perbuatan yang tidak berdosa jika dilakukan, tapi dapat pahala jika ditinggalkan.

5. Haram: Perbuatan yang dilarang, jika dilakukan akan dapat dosa.


5 SYARAT SAH SOLAT/SEMBAHYANG

1. Mengetahui masuknya waktu.
2. Tahu arah Qiblat.

3. Tutup aurat.
4. Suci dari najis pada badan, pakaian dan tempat solat.
5. Berdiri bagi yang mampu.


5 PERANAN AL QUR'AN

1. Peringatan kepada seluruh alam
2. Petunjuk kepada manusia

3. Cahaya dari Allah

4. Tali Allah yang kukuh

5. Rugi jika tinggalkannya atau cari hidayah melalui sumber lain
.


25 Rasul yang wajib diketahui/diingati

1. Adam
2. Idris
3. Nuh

4. Hud

5. Saleh

6. Ibrahim

7. Luth

8. Ismail

9. Ishak
10. Yaakub
11. Yusuf
12. Ayyub
13. Shu'aib
14. Musa

15. Harun

16. Zulkifli

17. Daud

18. Sulaiman

19. Illyas
20. Illyasa'
21. Yunus
22. Zakaria

23. Yahya
24. Isa
25. Muhammad SAW

*Semua dipangkal nama Rasul ada 'Alaihis Salam.(AS)


5 RASUL ULUL AZMI
Rasul yang paling banyak menerima dugaan dan cabaran ketika menjalankan dakwah serta tabah menghadapinya.
1. Muhammad SAW

2. Isa AS
3. Musa AS

4. Ibrahim AS
5. Nuh AS


* AS = Alaihi Salam

5 PERKARA TIDAK DIKETAHUI MANUSIA HANYA ALLAH YG TAHU

1. Waktu Kematian(Ajal)
2. Tarikh Kiamat
3. Jodoh Pertemuan
4 . Rezeki
5. Tanah kubur.


5 RUKUN UMRAH


1. Niat ihram di miqat

2. Tawaf mengelilingi Kaabah
3. Sa'ie dari antara bukit Safar dan bukit Marwah

4. Bertahallul( bergunting atau bercukur)

5. Tertib.


* Rukun Haji ada 6, WUKUF di Padang Arafah selepas niat.


5 SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH

1. Islam: tidak wajib bagi orang kafir dan murtad
2. Baligh: tidak wajib bagi kanak-kanak, tapi sah bila dilakukan dan tidak gugur wajib bila baligh.
3. Berakal: tidak wajib bagi orang gila, bila dilakukan tidak sah.
4. Merdeka: tidak wajib bagi hamba tapi sah bila dilakukan dan dapat pahala.
5. Berkuasa: cukup perbelanjaan bagi diri sendiri dan orang di bawah tanggungan dari awal hingga akhir, ada kenderaan pergi dan balik, aman dalam perjalanan, sihat tubuh badan dan ada kesempatan.


5 SYARAT WAJIB BERPUASA

1. Islam: Tidak wajib bagi orang kafir dan murtad
2. Akil Baligh: Tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum cukup umur.
3. Berdaya/Berkuasa: Tidak wajib bagi orang sakit yang memudaratkan dan orang
tua yang tidak berdaya.
4. Berakal: Tidak wajib bagi orang gila.

5.
Bermukim: Tidak wajib bagi orang musafir tetapi wajib qada'.

5 SYARAT SAH PUASA

1. Niat: Tidak sah puasa tanpa niat.
2. Islam: Tidak sah puasa bagi orang kafir dan murtad.
3. Mumayyiz: Dapat membezakan yang baik dengan yang tidak baik
4. Suci dari haid dan nifas: Tidak sah puasa tapi wajib diganti dengan jumlah
hari yang ditinggalkan.

5. Dalam waktunya.

5 PERKARA DIMANTAPKAN DALAM BULAN RAMADHAN

1. Mantap Aqidah.
Hati sesuatu yang sensitif perlu persiapkan untuk taqwa, melembutkannya dan
takutkan Allah.


2. Membersih Jiwa.
Jiwa penentu utama bagi diri dalam sikap dan perilaku seseorang. Sikap perilaku
yang baik atau buruk ditentukan oleh jiwa. Puasa mendidik menjadikan jiwa yang
bersih.

3. Memantapkan hubungan dengan ALLAH.
Nilai tarbiyyah diri dan ibadat puasa berupaya memantap hubungan dengan
ALLAH . Wajib dilaksanakan kerana diwajibkan ALLAH


4. Memantapkan hubungan sesama manusia.
Dilakukan serentak di seluruh dunia, sama-sama menjalani ibadat, lapar dan haus
bersama, sama-sama mampu berjuang dan manahan diri dari apa yang dilarang
oleh ALLAH.


5. Memantap Jiwa Ketabahan
Sesuatu yang amat dituntut yang ada pada diri kerana setiap perjuangan perlukan
ketabahan. Ketabahan perlu dididik dan puasa merupakan ibadat yang mampu
mendidik ketabahan jiwa.


INGAT RAMADHAN INGAT 5 PERKARA

1. Puasa dan Teraweh
Diwajibkan berpuasa bagi yang cukup syarat. Di bulan-bulan lain puasa
wajib adalah puasa ganti dan puasa nazar. Solat teraweh hukumnya sunat muakad boleh dilakukan di antara selepas solat fardhu isyak dan sebelum subuh. Jangan pertikaikan sama ada 8 atau 20 rakaat, lakukanlah yang mana mampu.

2. Zakat Fitrah
Wajib ditunaikan oleh semua ketua keluarga ke atas tanggungannya.
Di Kelantan, 1 gantang Baghdadi atau 3 cupak beras bersamaan RM7.00.

3. Nuzul al Qur'an
Al Qur'an mula di turunkan pada 17 Ramadhan kepada Nabi Muhammad
SAW di Gua Hira' dan pelantikan sebagai Rasul oleh Allah SWT

4. Lailatul Qadr.
Orang tempatan panggil "malam lailatul kodar" yang akan mendatangi kita
pada satu malam daripada malam-malam ganjil pada 10 malam akhir
Ramadhan. Malam ini lebih baik dari 1000 malam sebagaimana dalam suroh
Al Qadri.


5. Semua syaitan diberkas.
Sebagaimana maksud hadith, " Menjelang Ramadhan pintu-pintu rahmat di
buka, pintu-pintu jahanam ditutup dan semua syaitan diberkas dan digari"

5 RACUN DAN 5 UBATNYA

1. Dunia itu racun, zuhud ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir ubatnya
4. Seluruh umur itu racun, taat ubatnya
5. Seluruh umur itu racun, RAMADHAN ubatnya


5 ERTI TAWAKKAL


1. Menyerahkan urusan pada orang lain ( erti dalam sudut bahasa)

2, Berserah kepada Allah

3. Serah hati pada Allah sebagaimana mayat dimandikan

4. Bergantung pada Allah dalam semua urusan
5. Redha dengan Allah.



15 TANDA KIAMAT KECIL YANG SUDAH TERJADI

1. Diutusnya Rasulallah SAW

2. Amanah disia-siakan
3. Pengembala menjadi kaya

4. Sungai Efrat(Euphrates) berubah menjadi emas

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam
6. Banyak terjadi pembunuhan
7. Munculnya kaum Khawarij

8. Banyak polisi dan pembela kezaliman

9. Perang antara Yahudi dan Islam

10. Fitnah berleluasa dan dominan

11. Ramai orang jahil

12. Merebaknya penzinaan

13. Banyaknya kaum wanita. Ada riwayat ramai penghibur wanita, wanita bermain alat musik

14. Bermewah-mewah dalam pembinaan masjid

15. Menyebarnya riba dan harta haram



5 PENGAJARAN DARI PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ.

1. Memberi cahaya kepada akal manusia yang diselaputi kejahilan, menguji orang Islam untuk mempercayai sesuatu yang amat jauhdari lojik akal dan menguji keimanan para sahabat.


2. Satu wasilah kepada penganugerahan Allah kepada umat Islam iaitu sembahyang/solat. Sembahyang 5 waktu sehari semalam adalah kewajiban yang sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.


3. Membawa berita gembira kepada umat Islam bahawa syurga benar-benar wujud sebagai balasan untuk orang-urang beriman dan sebagai motivasi kepada umat Islam supaya terus melakukan kebajikan.


4. Perkhabaran hikmah teragung kepada umat Islam iaitu dapat menatap wajah Allah yang maha suci secara bersemuka. Baginda Rasulallah SAW sendiri diberi peluang bercapa secara terus dengan Allah

5. Membuktikan bahawa manusia adalah makhluk paling istimewa berbanding makhluk-makhluk lain dan Nabi Muhammad SAW adalah paling istimewa berbanding nabi-nabi lain kerana dijemput oleh Allah secara khas untuk menghadapNYA.


5 RUKUN NIKAH

Nikah: Pengertan bahasa; berkumpul dan bercampur
. Pengertian Syara'; Ijab dan Qabul yang menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan yang sah nikah(ajnabiah) yang diucapkan kata-kata nikah dan peraturan Islam yang tertentu

1. Pengantin Lelaki

2. Pengantin Perempuan
3. Aqad (Ijab dan Qabul)

4. Wali
5. Saksi



15 CARA TERBAIK BAGI ISTERI MENAMBAT HATI SUAMI.

1. Sentiasa menghormati keluarga suami seperti mana dia menghormati keluarganya.
2. Sentiasa menjaga aurat daripada dipandang yang bukan mahramnya. Tidak
membenarkan lelaki bukan mahram memasukki rumah ketika ketiadaan suami.
3. Sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga.
4. Sedia memberi kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suami selagi suruhan
tidak bercanggah dengan perintah Allah.
5. Sedia memberi layanan dan kasih sayang sepenuhnya sehingga membuatkan
suami merasakan rumah tangga adalah tempat mendapatkan ketenangan dan
kebahagiaan.
6. Sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya dan dirinya. Mohon kebenaran
suami untuk keluar rumah dan hendak berpuasa sunat.
7. Bijak menguruskan harta suami dengan berbelanja secara sederhana.
8. Sedia menerima pemberian suami dengan ikhlas dan tidak meminta sesuatu yang
luar kemampuan suami.
9. Sentiasa bersyukur menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah dan sedia
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta
perintah Allah dengan tabah dan sabar.
10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
11. Sedia melayami suami dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
12. Sentiasa menghias diri apabila dihadapan suami dan sebaliknya ketika ketiadaan
suami.
13. Sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluan sendiri.
14. Sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan
perbuatan.
15. Menemani suami ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar rumah dan
menyambut kepulang suami dengan senyuman.


5 PERKARA MENYEBABKAN PENYAKIT HATI

Penyakit hati atau keras hati ialah penyakit yang berkaitan dengan jiwa dan akhlak yang bertentangan dengan ajaran Rasulallah dan dimurkai Allah seperti syirik, riya, bakhil, sombong dan sebagainya disebabkan berikut;

1. Makan berlebihan
2. Banyak tidur
3. Terlalu banyak bercakap perkara yang sia-sia dan duniawi
4. Bercampur gaul lelaki dan perempuan tanpa batas
5. Banyak berhibur.


5 UBAT HATI


1. Baca Al Qur'an dan faham maknanya
2. Dirikan solat malam

3. Berkumpul dengan orang soleh

4. Banyakkan berpuasa

5. Banyakkan zikir malam



5 CARA MENCUCI HAT
I


1. Cintakan akhirat melebihi dunia
2. Ingatkan mati

3. Ziarah kubur

4. Banyakkan baca al Qur'an

5. Dengar kisah orang-orang soleh.



5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

1. Masa Muda sebelum Tua

2. Sihat sebelum Sakit

3. Kaya sebelum Miskin
4. Masa Lapang sebelum masa Sempit

5. Masa Hidup sebelum Mati



5 KEWAJIBAN SEORANG MUSLIM KEPADA MUSLIM YANG LAIN


1. Bagi salam dan menjawab salam

2. Menjawab bersin

3. Ziarah orang sakit

4. Memenuhi undangan

5. Ziarah orang meninggal dunia.



5 ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

1. Mengucap tahniah bila mendapat khabar saudara kita akan mendapat cahaya mata baru dan disertai doa bermaksud. "Muga diberkati untukmu pada kurniaNya dan bersyukurlah kepada Pengurnia(Allah) dan semuga anak ini mencapai umur dewasa dan engkau memperolehi kebaktiannya"

2. Bila anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri. Menurut pendapat sebahagian ulama akan dijauhi dari Ummu Shibyan(jin perempuan) atau angin penyebab penyakit.

3. Ditahnikkan dengan kurma. Ambil sedikit kurma dengan jari telunjuk dimasukkan kedalam mulut bayi dan gerakkan perlahan-lahan agar menyentuh seluruh ruang mulut.

4. Mencukur rambut bayi dan sedekahkan dengan nilai berat timbangan rambut itu dengan jalan Allah atau kepada musafir atau fakir miskin.

5. Aqiqah. Dua ekor kambing bagi anak lelaki, anak perempuan seekor kambing.


5 ADAB DALAM PEPERANGAN DALAM ISLAM

1. Berperang secara berdisiplin.
2. Elak dari mencederakan orang awam. merosakkan tanaman, pokok, binatang
ternak dan rumah ibadat.
3. Meminimumkan tekanan.
4. Tanpa kemarahan
5. Melayan tawanan perang sebaik-baiknya.

5 PERKARA YANG WAJIB DIPERTAHANKAN

1. Agama
2. Nyawa
3. Maruah diri
4. Harta
5. Tanah air



5 BALA DI AKHIR ZAMAN DENGAN SEBAB 5 PERKARA

1. Penyakit yang tiada ubat dengan sebab banyak berlakunya zina
2. Susah mencari rezeki, harga barang naik dan banyak berlaku kezaliman kerana ramai peniaga
yang menipu.
3. Berlaku kemarau kerana ramai yang tidak mengeluarkan zakat.
4. Musuh Islam menguasai umat Islam kerana umat Islam mungkir janji kepada Allah
5. Berperang sesama sendiri meyebabkan rakyat membiarkan pemerintah meninggalkan Islam.

Sumber: Hadith Rasulallah SAW riwayat Ibnu Majah.


WALLAHU 'ALAN.

Sekian dan terima kasih.

Post ini akan di edit dari masa ke semasa.