Monday, January 18, 2010

SMK PAK BADOL CEMERLANG

PENGETUA menerima anugerah Juara Pengurusan
Makmal Komputer dan ICT
dari Pengarah Pelajaran Kelantan,
Tn. Hj. Mohd. Ghazali b. Abd. Rahman
sambil diperhatikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Bachok,
Tn. Hj.Ab. Aziz b.Abdullah.


PENGETUA menerima anugerah pencapaian GPMP tertinggi
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam peperiksaan PMR 2009
PPD Bachok dari YB Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Dr. Awang Adek b. Hussin
sambil diperhatikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Bachok


Mengabdikan kenangan bersama YB Timbalan Menteri Kewangan
dan PPD Bachok

Tahun 2009 menyaksikan SMK Pak Badol menerima anugerah kecemerlangan dan bidang akademik dan pengurusan:

1. 23 Disember 2009 bertempat di SweetBeach Resort, Tok Bali, menerima anugerah Juara Pengurusan Makmal Komputer dan ICT dalam PPD Bachok yang dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran, Tn.Hj. Dr. Mohamed Fuad Zakarshi.

2. 17 Januari 2010 bertempat di SMK Beris Panchor, menerima anugerah pencapaian tertinggi GPMP Pendidikan Islam PMR 2009 dalam PPD Bachok.

3. Menerima penghargaan peningkatan 5% bagi mata pelajaran Geografi dan Sejarah dari Jabatan Pelajaran Kelantan dalam PMR 2009.

No comments:

Post a Comment