Thursday, January 1, 2009

Bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Baru-baru ini, kami exco PKPSM Cawangan Kelantan mengunjungi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Datuk Hj. Alimuddin b. Mohd. Dom di pejabatnya di Putrajaya. Tujuan kami bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau. Kami disambut dengan penuh hormat. Kami sempat berbincang isu-isu pendidikan semasa. YBhg Datuk banyak memberi nasihat, ransangan dan harapan serta visi dan misi beliau terhadap pendidikan negara. Beliau berharap pencapaian pendidikan di Kelantan akan bertambah maju dan berjanji akan memberi perhatian dan mengunjungi Negeri Kelantan.

Gambar atas saya bersama KPPM, gambar bawah KPPM bersama exco PKPSM Kelantan.

No comments:

Post a Comment