Sunday, December 28, 2008

Lawatan Penanda Arasan ke Johor Bahru.






Pada 14 Julai 2008, Mesyuarat Agung Tahunan PKPSM Kebangsaan telah ditunda pada 28 Julai 2008, kami seramai 17 orang Pengetua Kelantan, yang telah menempah tiket penerbangan tambang murah(nak jimatkan wang kerajaan le) tarikh tidak dapat diubah, berpakat mengadakan lawatan di atas. Kami melawat Sekolah Tun Fatimah dan SMK Sultan Ismail. Saya selaku ketua rombongan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada berikut:

1. Pengetua SMK Sultan Ismail kerana sudi menerima kunjungan kami.
2. Puan Hjh Junaidi bt. Santano, Pengetua Kanan JUSA C Sekolah Tun Fatimah kerana menerima kunjungan kami, menyediakan pengangkutan sepanjang lawatan kami dan belanja kami makan malam.
3. YDP PKPSM Kelantan kerana membiayai penginapan kami di hotel Sri Malaysia, JB.
4. Puan Hjh Maznah bt. Mohamed, Pengetua SMK Kadok di atas usahanya.
5. Puan Hjh Fauziah Ab. Rahman Bendahari PKPSM.
6. Semua anggota rombongan kerana menjayakan lawatan ini.
Selain itu kami mengambil kesempatan ke Ayer Hitam dan Pulau Batam(Indonesia) sambil membeli belah di sana. Ada hikmah di sebalik penundaan itu.

Gambar bawah: Rombongan bersama Pn. Hjh Junaidi Pengetua STF, pakaian kuning no. 4 dari kiri.
Aku paling kanan macam pak pacak dalam filem zaman dulu.
Gambar atas: Rombongan bersama-sama guru-guru SMK Sultan Ismail
(Sila klik untuk besarkan gambar.
Terima kasih.

1 comment: